MUZIK video raya guardian kali ini turut menampilkan barisan pelakon yang sama.
MUZIK video raya guardian kali ini turut menampilkan barisan pelakon yang sama.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


JALINAN silaturahim dan hubungan mesra seisi keluarga dapat dieratkan lagi apabila tiba hari raya.

Justeru, bagi menghargai hubungan dengan yang tersayang, tanpa mengira jarak, umur, jantina atau keadaannya, guardian Malaysia (guardian) melancarkan kempen Raya Untuk Semua, istimewa sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Pengarah pemasarannya, Priscilla Wu berkata, pihaknya meraikan perayaan utama itu dengan keterangkuman kerana mereka adalah jenama yang sesuai untuk segenap lapisan masyarakat, tidak kira usia dan merentasi generasi berbeza.

Katanya, produk dan perkhidmatan mereka adalah untuk semua, bagi memastikan orang ramai dapat menghayati semangat perayaan dengan lebih sihat serta hebat bergaya.

"guardian adalah jenama yang bukan sahaja memupuk kebersamaan keluarga, malah turut memainkan peranan penting dalam kehidupan pelanggan melalui pelbagai tawaran rangkaian produk pada nilai hebat.

"Pada hari raya ini, rasai 'kenyamanan' dan kebersamaan keluarga dengan sokongan kami," katanya pada majlis pelancaran kempen berkenaan di ibu negara, baru-baru ini.

Dalam pada itu, sebuah muzik video raya turut dilancarkan sempena pelancaran kempen berkenaan.

MEMAPARKAN kisah kepentingan hubungan kukuh dan nilai-nilai kekeluargaan ketika hari raya.
MEMAPARKAN kisah kepentingan hubungan kukuh dan nilai-nilai kekeluargaan ketika hari raya.

Ia adalah sekuel muzik video terdahulu dengan memaparkan kepentingan hubungan yang kukuh dan nilai-nilai kekeluargaan ketika hari raya.

Selain itu, ia memaparkan bagaimana jenama itu menyokong perjalanan sebuah keluarga menuju kehidupan yang sihat dan indah, merentas generasi daripada peringkat datuk, nenek hingga ke cucu serta cicit.

Watak utama video itu terdiri daripada Sham Visa sebagai bapa, Amy Mastura (ibu) dan empat anak perempuan iaitu Dr Amanda Elli, Puteri Shazwani Megat Ahmad Shahriman, Yasmin Khalid serta Afeefa Ooi.

Lagu rancak dengan irama joget dalam muzik video itu juga akan disiarkan di radio Era FM bermula 1 hingga 12 April depan.

guardian menyumbang hadiah raya untuk 100 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia dengan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM10,000.
guardian menyumbang hadiah raya untuk 100 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia dengan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM10,000.

Sempena pelancaran kempen itu, pelanggan juga berpeluang menikmati pelbagai tawaran hebat sehingga 50 peratus termasuk diskaun 60 peratus untuk semua pewarna rambut, topeng kecantikan dan pelembap bibir bagi pembelian item kedua.

Selain itu, tawaran Hadiah Dengan Pembelian yang menarik juga boleh didapati di stor guardian sepanjang tempoh promosi.

"Kami teruja untuk menyambut Aidilfitri ini bersama semua dan ingat, kami sentiasa ada untuk semua tidak kira siapa anda, keperluan, umur atau jantina.

"Ini kerana kami dapat memenuhi semua keperluan kesihatan dan kecantikan anda selain menyatukan seisi keluarga. Kami akan sentiasa di sini untuk anda," kata Priscilla lagi.

TETAMU diberi peluang mendapatkan hadiah raya untuk diberikan kepada kanak-kanak Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia.
TETAMU diberi peluang mendapatkan hadiah raya untuk diberikan kepada kanak-kanak Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia.

Sementara itu, pada majlis sama, tetamu yang hadir turut diberi peluang menyediakan hadiah raya kepada 100 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia.

Mereka bebas berbelanja di stor jenama itu untuk memastikan hadiah raya terbaik dapat diberikan kepada kanak-kanak terbabit.

Keseluruhan sumbangan raya itu bernilai RM10,000.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 April 2024 @ 6:31 AM