SEBAHAGIAN daripada penghuni Bukit Harapan, Kota Kinabalu, Sabah yang menerima sumbangan
SEBAHAGIAN daripada penghuni Bukit Harapan, Kota Kinabalu, Sabah yang menerima sumbangan
Fairul Asmaini Mohd Pilus


MESKIPUN dibelenggu kekangan Pergerakan Kawalan Pergerakan dan pelbagai cabaran ekoran penularan wabakCovid-19, namun sikap prihatin masih kekal utuh dalam diri rakyat Malaysia.

Ia terbukti apabila kempen Guardian Malaysia (Guardian) untuk membantu golongan yang memerlukan kekal selamat menerusi sumbangan cecair pembasmi kuman kepada rumah kebajikan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Sebanyak 9,500 botol cecair pembasmi kuman termasuk 4,477 botol pencuci tangan didermakan pelanggan menerusi kempen Guardian kepada 22 rumah kebajikan dan pertubuhan amal.

Kempen yang baru-baru ini itu membolehkan pelanggan (yang berbelanja sebanyak RM 40 dan ke atas) menerima sebotol cecair pembasmi kuman percuma.

Mereka boleh mendermakan cecair pembasmi kuman itu ke rumah atau pertubuhan kebajikan di beberapa negeri yang dipilih Guardian.

Ia jelas menarik perhatian pelanggan dan ramai yang membeli lebih banyak cecair pembasmi kuman untuk didermakan ke rumah kebajikan berkenaan.

ANTARA rumah kebajikan yang menerima sumbangan menerusi kempen amal Guardian.
ANTARA rumah kebajikan yang menerima sumbangan menerusi kempen amal Guardian.

Pengarah Pemasaran Jenama, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara Guardian, Anna Ng berkata, keprihatinan dan kemurahan hati pelanggan mereka terhadap rakyat Malaysia lain terserlah dalam kempen itu.

Meskipun hanya diadakan selama satu minggu, namun maklum balas yang diterima cukup luar biasa.

Katanya, sokongan orang ramai terhadap golongan memerlukan itu benar-benar menyentuh hati, terutamanya ketika gelombang ketiga pandemik yang menuntut tahap keselamatan lebih tinggi.

"Kita semua perlu lebih bersungguh-sungguh dan berdisiplin dalam mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) termasuk memastikan kebersihan diri selain tangan kekal bersih setiap masa.

"Selain pelanggan setia kami, tiada yang lebih rentan daripada golongan kurang bernasib baik seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah kebajikan.

RUMAH Anak Yatim Ar Raudhoh, Tawau turut terpilih menerima sumbangan kempen itu.
RUMAH Anak Yatim Ar Raudhoh, Tawau turut terpilih menerima sumbangan kempen itu.

"Kempen ini adalah salah satu cara untuk membantu memastikan supaya mereka mendapat cecair pembasmi kuman yang berkesan untuk membersihkan tangan dan mengekalkan kebersihan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mac 2021 @ 6:10 AM