BENGKEL penjagaan kulit yang diadakan baru-baru ini.
BENGKEL penjagaan kulit yang diadakan baru-baru ini.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

BERBEKALKAN tema Inspirasikan Keterangkuman, Hari Wanita Sedunia baru-baru ini disambut meriah di seluruh dunia.

Ia menunjukkan betapa penting wanita dalam masyarakat dan peranan mereka selama ini turut dihargai.

Kejayaan dan sumbangan wanita turut diraikan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit, guardian Malaysia (guardian) yang menampilkan enam kisah pendek istimewa di TikTok sempena sambutan berkenaan.

Ia mengenai kisah sekumpulan individu luar biasa yang berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan penderitaan.

Pengarah Pengurusan guardian Malaysia, Priscilla Wu berkata, kepelbagaian dan pemerkasaan adalah teras nilai mereka selama ini.

Kata Priscilla, pihaknya percaya dalam membina persekitaran yang inklusif, di mana wanita diberi kuasa memimpin dan menyumbang kepada kejayaan di setiap peringkat.

"Tahun ini, sambutan Hari Wanita Sedunia diperluaskan bagi meraikan bukan sahaja wanita, malah lelaki yang banyak menyokong dan membantu mereka.

"Di guardian, kami ingin meraikannya bersama anda dan orang tersayang termasuk lelaki yang membantu anda mencapai kejayaan atau membantu mengatasi cabaran yang dihadapi.

"Jadi, sama ada membeli-belah untuk diri sendiri atau wanita istimewa dalam hidup iaitu ibu, kakak, penjaga atau saudara-mara, kami ada tawaran istimewa untuk semua," katanya.

Sementara itu, enam kisah pendek berkenaan menampilkan pejuang psoriasis, Rocyie Wong yang berkongsi pengalaman dalam membantu meningkatkan kesedaran penyakit itu dan memberi inspirasi kepada orang ramai.

Atlet bina badan wanita negara yang juga doktor perubatan dan pejuang kanser, Dr Aiesha Asmadi turut berkongsi pengalaman beliau bagi menyuntik semangat kepada masyarakat.

Guru Bahasa Isyarat, Anissa Jailani pula berkongsi kisah bagaimana memecah stereotaip dan menggalakkan keterangkuman melalui pendidikan.

Manakala pempengaruh kecantikan Plus Size, Ashyy Edwards pula mempromosikan positiviti bentuk badan dan keutamaan menyayangi diri sendiri.

Selain itu, selebriti usahawan, Zarina Zainuddin yang juga ibu kepada dua anak lelaki austisme turut berkongsi kisah bagaimana dia mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu dan bidang keusahawanan dengan penuh keanggunan.

Akhir sekali, penerbit filem yang juga pemandiri kanser, Jared Lee juga berkongsi kisah hidup dengan isteri sebagai penyokong kuatnya.

Sementara itu, guardian turut mengadakan bengkel penjagaan kulit sempena sambutan hari berkenaan.

Ia juga menawarkan pelbagai promosi istimewa pada Mac ini, termasuk diskaun di seluruh stor untuk produk kesihatan dan kecantikan.

Sama ada membeli-belah untuk diri sendiri atau meraikan wanita hebat di sisi anda, guardian menawarkan sesuatu untuk semua.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2024 @ 6:30 AM