Ratu
Ratu
Nor ‚Asyikin Mat Hayin

PULUHAN model memperagakan pakaian rekaan terkini pereka fesyen terkenal dari negara Asean termasuk Malaysia dalam Asia Fashion Runway.

Penganjuran julung kali ini anjuran International Celebrity Pageant Group Sdn Bhd yang diadakan Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), baru-baru ini.

Asia Fashion Runway mewakili evolusi semula jadi organisasi untuk mempromosikan kepelbagaian, gaya dan pertukaran budaya.

Perasmian disempurnakan Kerabat Diraja Negeri Sembilan Tengku Jaril Ibni Al-Marhum Tengku Sulaiman Putra.

Kehadiran Tengku Jaril dan tetamu kehormat lain adalah menekankan kepentingan Asia Fashion Runway sebagai platform utama untuk diplomasi budaya dan fesyen.

Pengasas International Celebrity Pageant Group Sdn Bhd Lennard Tan berkata, Asia Fashion Runway bukan sekadar pertunjukan fesyen semata-mata, tetapi meraikan peserta daripada pelbagai negara bagi memupuk pertukaran budaya yang dinamik.

Model
Model

Menurutnya antara wakil negara ialah Thailand, Vietnam, Kemboja, Filipina dan Indonesia.

"Visi kami bagi Asia Fashion Runway ialah untuk mewujudkan penghubung antara pelbagai budaya menerusi bahasa universal fesyen.

"Kami percaya dengan menghimpunkan pereka, model dan peminat dari negara Asean ia mempu mencipta platform yang kuat untuk memahami dan menghargai budaya," katanya.

Beliau berkata, Tourism Malaysia yang menyokong penganjuran acara itu turut mengiktiraf potensi Asia Fashion Runway untuk mempamerkan Malaysia sebagai hab kepelbagaian budaya dan gaya.

"Kerjasama antara International Celebrity Pageant Group Sdn Bhd dengan Tourism Malaysia dapat mengukuhkan komitmen untuk mempromosikan pelancongan dan mengukuhkan hubungan antarabangsa.

Model
Model

"Acara ini akan kekal 'hidup' dengan trend terkini, reka bentuk menakjubkan, gabungan gaya tradisional dan kontemporari, meninggalkan kesan yang berkekalan pada landskap fesyen," katanya.

Jelasnya, interaksi antara budaya dengan pengunjung akan meningkatkan lagi semangat perpaduan dan kerjasama yang menterjemahkan Asia Fashion Runway sebagai pengalaman menarik kepada mereka hadir.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 January 2024 @ 6:31 AM