PERTUNJUKKAN fesyen KLFW 2021 akan menampilkan 48 pereka tempatan bagi koleksi sedia untuk dipakai yang diperagakan secara digital dan bersemuka.
PERTUNJUKKAN fesyen KLFW 2021 akan menampilkan 48 pereka tempatan bagi koleksi sedia untuk dipakai yang diperagakan secara digital dan bersemuka.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) kembali memeriahkan industri fesyen tanah air apabila bakal membuka tirainya pada hari ini (1 November).

KLFW edisi kesembilan itu akan diadakan selama seminggu dengan menghimpunkan 48 jenama pereka tempatan.

Ia bukan sahaja menjadi platform untuk meraikan pereka tempatan malah menghidupkan semula pameran tekstil Malaysia, Benang Warisan (Thread of Heritage).

Apa yang menariknya mengenai penganjuran kali ini, ia menggabungkan fesyen dan warisan.

Dianjurkan dengan kepercayaan, 'wear local, dress global', KLFW mendorong ramai pereka muda ke pentas fesyen antarabangsa sambil melahirkan masyarakat yang' celik' fesyen.

Pengasasnya, Andrew Tan berkata, pameran fesyen itu diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap fabrik tempatan sekali gus menghargai keindahan, keunikan dan sejarah warisannya itu.

TAN ( tengah) pada sidang media sempena pelancaran KLFW 2021 di ibu negara, baru-baru ini.
TAN ( tengah) pada sidang media sempena pelancaran KLFW 2021 di ibu negara, baru-baru ini.

Apa yang Istimewanya, KLFW kali ini turut mendapat sokongan rakan bank rasmi, AmBank Malaysia.

Kata Andrew, pameran kali ini menampilkan koleksi Cheminah Sayang yang istimewa iaitu rekaan batik blok tangan karya Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan dikeluarkan secara eksklusif oleh Yus daripada Kakee Batik.

"Setiap karya merangkumi keindahan menakjubkan pembuatan corak dan warisan batik Malaysia," katanya pada majlia pelancaran media KLFW 2021, di ibu negara, baru-baru ini.

Mengulas lanjut Andrew berkata, bagi memupuk kecintaan lebih mendalam terhadap industri fabrik tempatan, pihaknya turut berkolaborasi dengan Taylor's University dan Barbie Mattel bagi Projek Patung.

Projek itu kata Andrew adalah satu inisiatif baharu yang mengetengahkan kekayaan budaya dan warisan Malaysia sekali gus sebagai sebahagian usaha memelihara seni dan kraf pelbagai etnik yang terdapat di negara ini.

KLFW tingkat kesedaran  fabrik tempatan dalam  menghargai keindahan, keunikan sejarah.
KLFW tingkat kesedaran fabrik tempatan dalam menghargai keindahan, keunikan sejarah.

"Ia membabitkan pelajar Teknologi Rekaan Fasyen dari Taylor' University yang bakal tampil dengan rekaan pakaian 12 patung Barbie berasaskan kepada empat tema perincian iaitu Manik Nyonya, Sulam Tekat, Kaligrafi dan Inai.

"Hasil karya seni mereka itu juga akan dipamerkan di KLFW 2021," katanya.

Penganjuran KLFW 2021 menampilkan 48 pereka tempatan bagi koleksi sedia untuk dipakai yang diperagakan secara digital dan bersemuka sehingga 7 Nov ini di Pusat Beli-belah, Pavilion Kuala Lumpur.

Menurut Andrew, sebagai pertunjukan fesyen terbesar di Malaysia, KLFW tidak pernah berhenti menjadi penyokong kepada industri fesyen meskipun ketika pandemik Covid-19 melanda dunia.

Katanya, ketika negara berada dalam tempoh peralihan daripada fasa pandemik kepada endemik, KLFW bersedia untuk memperkenalkan semula trend fesyen terbesar dan terbaharu kepada rakyat Malaysia melalui acara fesyen terbesar pernah dilakukan.

PLATFORM untuk meraikan pereka tempatan dan menghidupkan semula pameran tekstil Malaysia, Benang Warisan (Thread of Heritage).
PLATFORM untuk meraikan pereka tempatan dan menghidupkan semula pameran tekstil Malaysia, Benang Warisan (Thread of Heritage).

"Kita sudah menempuh keadaan yang tidak menentu namun sebagaimana krisis-krisis lain sebelum ini, kali ini juga kita mampu lalui.

"Walaupun perjalanan untuk pemulihan tidak mudah, dengan bersatu kita akan tampil lebih kuat.

"Saya terharu melihat pereka-pereka yang bersama kami untuk KLFW 2021 menunjukkan ketahanan mereka, mencorak semula perniagaan masing-masing dan menjadikan proses dalaman lebih efektif dengan mewujudkan tempat kerja yang lebih lancar dan cekap," katanya.

Dalam pada itu, KLFW kali ini turut menyaksikan kehadiran tiga penaja utama yang juga gergasi dalam bidang masing-masing iaitu jenama kereta mewah Jepun, Lexus; gergasi teknologi, Samsung dan salah satu daripada kumpulan perbankan terbesar di Malaysia, Ambank.

Mereka masing-masing membawa pengetahuan dan kebijaksanaan mereka ke dalam dunia fesyen.

Ketua Pegawai Pemasaran Samsung Malaysia Electronics, Elaine Soh berkata, pihaknya teruja menjadi sebahagian daripada acara KLFW yang meraikan dan bersama-sama pereka baru untuk membentuk masa depan fesyen negara sambil menyokong matlamat memulihkan industri fesyen di Malaysia.

"Di Samsung, kami percaya detik ini memerlukan cara baharu ke hadapan dan era baharu 'keterbukaan', di mana teknologi berfungsi untuk kita dan bukan sebaliknya.

KLFW kembali memeriahkan industri fesyen tanah air dan bakal membuka tirainya pada 1 November ini.
KLFW kembali memeriahkan industri fesyen tanah air dan bakal membuka tirainya pada 1 November ini.

"Justeru, kami mencipta pengalaman yang disesuaikan serta memperkasakan anda.

"Galaxy Z adalah siri yang direka untuk cara anda menjalani kehidupan anda supaya kami dapat memadankan gaya anda dengan reka bentuk ikonik dan warna," katanya.

Sementara itu, sejak penubuhannya pada 2013, KLFW mencipta saluran untuk pereka Malaysia dan komuniti fesyen tempatan untuk berkumpul dan mengekspresikan diri mereka dalam gaya yang paling bergaya sambil meraikan koleksi pereka tempatan.

KLFW juga akan mengadakan satu siri rancangan digital di HURR.TV hari ini dan esok.

Jadi kepada peminat fesyen, jangan ketinggalan untuk menyaksikan pertunjuka fesyen KLFW sama ada secara maya mahu pun fizikal.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 November 2021 @ 6:20 AM