GAYA ala Kpop yang diminati golongan muda.
GAYA ala Kpop yang diminati golongan muda.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


REMAJA dan fesyen memang tidak boleh dipisahkan.

Pada peringkat umur 17 tahun ke atas, minat remaja terhadap fesyen dikatakan mula bercambah dan mendorong mereka mencuba pelbagai gaya baharu.

Ia berterusan sehingga mereka menemui gaya fesyen yang sesuai dengan penampilan dan minat diri masing-masing.

Menyedari keperluan itu, jenama fesyen kasual, GHADEEZ. KL tampil menawarkan pelbagai koleksi rekaan pakaian menarik untuk golongan itu.

Meskipun hanya boleh didapati dalam talian, namun koleksi hasil kreativiti pasangan kembar, Aina Sophia dan Aini Sophi Shamsol Zailan, 20, tetap mendapat perhatian ramai.

Siswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) masing-masing dalam jurusan pengurusan perniagaan itu mula memperkenalkan rekaan mereka secara rasmi pada Ogos tahun lalu.

Aini berkata, koleksi pakaian jenama itu memberi fokus kepada remaja untuk berfesyen secara moden dan sopan, seiring slogannya,

'Explore Your True Style.' Kata Aini, meskipun baharu diperkenalkan, namun pihaknya berbesar hati kerana pereka terkemuka, Bon Zainal turut memberi ruang kepada jenama itu untuk mempamerkan koleksi di butik beliau di Plaza Damas, Kuala Lumpur.

"Jualan kami 100 peratus dalam talian. Sokongan yang diberikan Bon besar maknanya dan kami amat menghargainya," katanya.

PASANGAN kembar yang juga siswi UiTM, Aina dan Aini mengusahakan label fesyen dalam talian.
PASANGAN kembar yang juga siswi UiTM, Aina dan Aini mengusahakan label fesyen dalam talian.

Menurut Aini, sasaran pasaran mereka adalah untuk kumpulan berusia 17 tahun dan ke atas iaitu golongan yang gemar mencuba fesyen baharu.

Kata Aini, inspirasi rekaan dalam koleksi jenama itu adalah daripada mereka berdua yang sering memakan pakaian

'oversized' dan sopan dalam gaya harian.

PENAMPILAN aktif yang sesuai dengan golongan muda hari ini.
PENAMPILAN aktif yang sesuai dengan golongan muda hari ini.

Katanya, ketika ini, terdapat enam rekaan yang boleh dimiliki iaitu hoodie, sweatshirt, kemeja Kpop, Jazzy Tee, baju kasual serta jubah.

"Untuk fabrik pula, kami memilih material jenis kapas 100 peratus untuk koleksi kemeja dan 'dress Sophie' kerana sesuai dengan keadaan cuaca di negara ini manakala baju 'sweatshirt' dan 'hoodie' pula dihasilkan daripada campuran kapas dan poliester.

JUBAH sopan yang turut mendapat perhatian.
JUBAH sopan yang turut mendapat perhatian.

"Jubah Sophia pula daripada fabrik Korean Comocrepe dan koleksi baju-T diperbuat daripada kapas dengan teknologi cetakan berkualiti tinggi.

"Setakat ini, rekaan yang paling mendapat sambutan adalah daripada koleksi 'hoodies' dan 'sweatshirt' yang sememangnya antara gaya utama diminati remaja,

" katanya yang turut memperkenalkan pelitup muka daripada fabrik poliester.

FESYEN yang menyerlahkan penampilan wanita.
FESYEN yang menyerlahkan penampilan wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Jun 2021 @ 7:00 AM