PEK  #guardiancare bernilai RM400,000 diagihkan kepada kanak-kanak di 30 buah sekolah di seluruh negara dengan kerjasama Yayasan Perintis Malaysia.
PEK #guardiancare bernilai RM400,000 diagihkan kepada kanak-kanak di 30 buah sekolah di seluruh negara dengan kerjasama Yayasan Perintis Malaysia.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Guardian Malaysia (Guardian) melancarkan inisiatif #guardiancare untuk memberi tumpuan kepada aspek penjagaan kesihatan pelanggan dan masyarakat sempena meraikan ulang tahunnya yang ke - 54.

Ketua Pemasaran Guardian Health & Beauty Sdn Bhd, Angela Teo berkata, inisiatif lestari itu bukan sahaja prihatin terhadap pelanggan malah keluarga mereka, pilihan membeli-belah yang mereka ada dan juga komuniti di mana mereka tinggal.

Kata Angela, pihaknya ingin memberi inspirasi dan memperkasakan pelanggan dalam membuat pilihan sihat dan lestari ketika memilih jenama-jenama kesihatan serta kecantikan yang mereka percayai di rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit itu.

"Paling utama, kami ingin pelanggan untuk 'peduli' mengenai apa yang mereka beli dan seterusnya menjadikan persekitaran lebih baik.

"Kami percaya bahawa kecantikan bermula dari dalam dan dengan memilih untuk peduli, bersama-sama kita dapat melakukan perubahan," katanya.

Menurut Angela lagi, inisiatif itu akan memfokuskan kepada tiga teras utama yang berkaitan dengan tujuan jenama berkenaan iaitu kesihatan, komuniti dan alam sekitar.

Rangkaian itu memulakan kempen kesihatan mereka dengan menyumbangkan 10,000 pek #guardiancare, bernilai RM400,000, kepada kanak-kanak di 30 buah sekolah di seluruh negara dengan kerjasama Yayasan Perintis Malaysia.

"Setiap pek mengandungi sebuah Buku Panduan Covid-19 yang direka khas serta diluluskan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan Malaysia, produk kebersihan diri seperti pencuci tangan, cecair pembasmi kuman, topeng muka, tisu dan vitamin Gummies untuk kanak-kanak.

BUKU Panduan Covid-19 yang direka khas serta diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan Malaysia turut diberikan dalam pek berkenaan.
BUKU Panduan Covid-19 yang direka khas serta diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan Malaysia turut diberikan dalam pek berkenaan.

"Ia akan diagihkan kepada kanak-kanak sekolah dari golongan B40 di sekolah-sekolah yang dikenal pasti stor Guardian yang berdekatan," katanya.

Selain itu, Guardian yang mempunyai jaringan ahli farmasi terbesar di Asia Tenggara juga akan mendidik komuniti secara aktif mengenai isu-isu kesihatan utama, terutamanya dalam musim Covid-19 menerusi platform media sosial dan pengaktifan di stor.

Mereka juga mengadakan program Bantuan Ahli Farmasi Komuniti menerusi segmen Facebook Live dan Instagram di mana pengikut boleh menanyakan soalan berkaitan masalah kesihatan secara 'langsung' kepada ahli farmasi dan mendapat jawapan serta-merta.

Pelanggan juga akan mendapat maklumat mengenai produk yang menawarkan 'Clean Beauty' dengan bahan semula jadi, produk 'bebas kekejaman' (diuji tanpa menggunakan haiwan), pembungkusan lestari serta produk yang dibungkus dengan pembungkus boleh dikitar semula atau diguna semula.

Dalam pada itu, bagi memastikan alam sekitar kekal terpelihara, ia turut memperkenalkan beg mesra alam dan boleh diguna semula di stor mereka yang kini dijual dengan hanya RM1.

Kata Angela, bersempena dengan Hari Alam Sekitar Kebangsaan Malaysia yang disambut pada 21 Oktober lalu, pihaknya mahu mengurangkan penggunaan beg plastik di stor dengan menggalakkan pelanggan untuk menggunakan beg yang boleh diguna semula berkali-kali dan tahan lebih lama.

ANTARA penerima sumbangan pek #guardiancare.
ANTARA penerima sumbangan pek #guardiancare.

"Beg itu mampu menampung lebih banyak beban berbanding beg plastik sekali guna dan dengan cara ini, kedua-dua pelanggan dan kami dapat bersama-sama menjaga alam sekitar.

"Kami berharap pelanggan menyokong usaha itu dan lebih banyak program akan diadakan bagi memastikan #guardiancare menjadi satu aspek penting yang bermanfaat besar dalam kehidupan, keluarga dan masyarakat," katanya.

Sementara itu, rangkaian berkenaan turut mengadakan Bonanza Membeli-Belah Ulang Tahun ke-54, di semua platform media sosialnya, dengan tawaran hebat potongan 54 peratus untuk pembelian barangan kedua bagi barangan penjagaan diri, penjagaan kesihatan, penjagaan kulit, produk rambut dan mandian Botaneco.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 November 2021 @ 6:48 AM