MAIPK mengedarkan bantuan khas 394 botol cecair pembasmi kuman dan 80 kotak topeng muka kepada anggota Markas 2 Briged.FOTO Ihsan MAIPk
MAIPK mengedarkan bantuan khas 394 botol cecair pembasmi kuman dan 80 kotak topeng muka kepada anggota Markas 2 Briged.FOTO Ihsan MAIPk
Balqis Jazimah Zahari

MAJLIS Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menyerahkan sumbangan lebih 800 botol cecair pembasmi kuman dan 160 kotak topeng muka kepada anggota Markas 2 Briged dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakatnya, Ustaz Bakri Lee berkata, sumbangan itu bagi menghargai jasa petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menangani jangkitan wabak Covid-19.

“Kita menyumbang sebanyak 394 botol cecair pembasmi kuman dan 80 kotak topeng muka kepada anggota Markas 2 Briged.

“Manakala, sebanyak 419 botol cecair pembasmi kuman dan 80 kotak topeng muka diserahkan kepada IPK Perak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

MAIPK mengedarkan bantuan khas 419 botol cecair pembasmi kuman dan 80 kotak topeng muka kepada anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak. FOTO Ihsan MAIPk
MAIPK mengedarkan bantuan khas 419 botol cecair pembasmi kuman dan 80 kotak topeng muka kepada anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak. FOTO Ihsan MAIPk

Bakri berkata, pihak MAIPk menghargai pengorbanan semua petugas barisan hadapan dalam suasana mencabar ini.

“Barisan hadapan adalah wira negara kerana mempertaruhkan nyawa dan mengorbankan masa serta tenaga dalam menangani wabak yang sedang melanda negara ketika ini,” katanya

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mac 2020 @ 5:34 PM