GUNAKAN semburan disinfeksi atau tisu pengelap untuk membasmi kuman pada permukaan keras pada atau mengelap permukaan keras di dalam kereta.
GUNAKAN semburan disinfeksi atau tisu pengelap untuk membasmi kuman pada permukaan keras pada atau mengelap permukaan keras di dalam kereta.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Pandemik Covid-19 membuatkan masyarakat kini lebih peka terhadap kehadiran dan jangkitan virus serta kuman.

Di Malaysia, kes yang membabitkan varian terbaharu, Omicron juga kian meningkat.

Bagaimanakah kita dapat melindungi diri dan insan tersayang daripada jangkitan virus dan kuman, pada masa sama menjadikan ruang kediaman, kerja atau belajar sebagai satu zon bersih?

Rangkaian disinfeksi Clorox Expert dikatakan membantu mendisinfeksi kediaman, tempat kerja, sekolah atau universiti secara profesional.

Dihasilkan dengan bahan yang digunakan dalam rangkaian Clorox bagi kegunaan hospital dan perkhidmatan perubatan, rangkaian terbaharu yang menerima pengiktirafan EPA itu dapat membantu membunuh 99.9 peratus virus dan bakteria dalam masa satu minit.

Ia juga dapat menyingkirkan virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan Covid -19.

Dr Nurul ‘Afiah
Dr Nurul ‘Afiah

Memberikan hasil profesional dan pembersihan yang rapi, rangkaian produk itu adalah pilihan terbaik untuk mengekalkan kebersihan ruang daripada kuman dan virus termasuk Covid-19 .

Pengarah Jualan dan Pemasaran Clorox Asia Tenggara, Paulo Lao berkata, varian Omicron mudah merebak menjadikan disinfeksi permukaan keras dengan lebih kerap menjadi satu keutamaan.

Justeru, pastikan selalu menyahjangkit permukaan yang kerap disentuh seperti kunci, tombol dan pemegang pintu, telefon, komputer riba dan meja, ruang dalaman kenderaan serta bungkusan serta penghantaran.

"Penyebaran varian Omicron bermakna kita berpotensi menjadi pembawa virus terbabit ke rumah dan menyebarnya kepada insan tersayang.

"Oleh itu, adalah penting untuk disinfek barang yang sering disentuh bagi menjamin kebersihan, keselamatan dan ketenangan minda," katanya.

Dalam pada itu, jenama terbabit turut berkongsi panduan untuk melindungi diri dan yang tersayang ketika penularan Omicron.

Antaranya, gunakan pembasmi kuman untuk menyahjangkit ruang kerja atau belajar apabila tiba atau kembali ke ruang terbabit selepas waktu makan tengah hari.

BARANGAN bawaan harian seperti beg tangan, beg galas, komputer riba dan telefon mudah alih yang berpotensi untuk terkena titisan cecair perlu dilap dengan rapi.
BARANGAN bawaan harian seperti beg tangan, beg galas, komputer riba dan telefon mudah alih yang berpotensi untuk terkena titisan cecair perlu dilap dengan rapi.

Selain itu, barangan bawaan harian seperti beg tangan, beg galas, komputer riba dan telefon mudah alih yang berpotensi untuk terkena titisan cecair perlu dilap dengan rapi.

Gunakan semburan disinfeksi atau tisu pengelap untuk membasmi kuman pada permukaan keras pada atau mengelap permukaan keras di dalam kereta.

Sebelum membawa masuk pembelian barangan keperluan atau bungkusan ke dalam rumah, sembur terlebih dahulu permukaan barangan terbabit.

Tidak lupa juga susur tangan, suis lampu, pemegang dan tombol pintu, semua itu perlu sentiasa dilap dengan pembasmi kuman.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2022 @ 6:18 AM