BOLEH menghilang kesan contengan di dinding.
BOLEH menghilang kesan contengan di dinding.
Muhamaad Razis Ismail


KITA selalu mendengar tepung jagung digunakan sebagai bahan masakan. Biasanya, tepung jagung digunakan untuk membantu memekatkan kuah dan sos.

Selain masakan, tahukah anda bahawa tepung jagung juga boleh digunakan sebagai agen pembersih yang murah dan selamat di rumah?

1. Membantu membersihkan kotoran pada fabrik

Seperti kita ketahui kotoran seperti darah dan dakwat pada kain sukar untuk dibersihkan. Gunakan tepung jagung yang dicampurkan dengan sedikit air. Sapu tepung jagung di bahagian yang terkena kotoran dan biarkan ia mengering. Kemudian 'tanggalkan' tepung itu sebelum basuh seperti biasa.

2. Mengilatkan peralatan dapur dan perabot

Biasanya kita hanya menggunakan pencuci untuk mencuci peralatan dapur. Bagaimanapun kadang-kala kita berdepan kesukaran untuk membersihkan sepenuhnya kotoran. Tepung jagung yang dicampur dengan air, bukan sahaja membantu membersihkan kotoran, malah mengembalikan kilatan peralatan dapur seperti baru dibeli. Anda juga boleh gunakan tepung jagung untuk mengilatkan kembali perabot.

TEPUNG jagung boleh digunakan sebagai agen pembersih yang murah dan selamat.
TEPUNG jagung boleh digunakan sebagai agen pembersih yang murah dan selamat.

3. Menghilangkan bau kasut

Kasut yang digunakan berulang kali boleh menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Antara disebabkan kaki yang berpeluh. Cara mudah untuk hilangkan bau ini adalah, anda hanya perlu menabur tepung jagung ke dalam kasut yang akan membantu menyerap bau peluh di dalam kasut.

4. Membersihkan kesan contengan krayon di dinding

Terdapat segelintir anak kecil suka menconteng dinding di rumah. Biarpun contengan itu dibersihkan namun kesannya masih lagi kelihatan. Malah ada yang terpaksa mengeluarkan belanja lebih membeli cat baharu. Anda boleh menggunakan tepung jagung yang dicampurkan dengan air sebelum disapu pada contengan terbabit.

BANTU mengilatkan peralatan dapur.
BANTU mengilatkan peralatan dapur.

5. Bersihkan bulu haiwan peliharaan

Anda boleh bersihkan kesan kotoran daripada bulu haiwan peliharaan menggunakan tepung jagung tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2020 @ 6:20 AM