KAEDAH pembersihan yang betul membuatkan ruang dapur anda sentiasa segar.
KAEDAH pembersihan yang betul membuatkan ruang dapur anda sentiasa segar.
Faizal Zain

Selamat berpuasa buat semua. Minggu lalu saya membicarakan berkenaan panduan membersihkan ruang dapur kerana sepanjang Ramadan, anda tentunya mempunyai lebih masa. Beberapa panduan tambahan bagi membersihkan ruang itu yang akan kita sama-sama bincangkan minggu ini:

Cara membersihkan peralatan memasak

Gunakan cuka untuk membersihkan kotoran degil pada peralatan seperti gelas dan piring, bekas teh, kopi atau kunyit yang sukar hilang. Sifat ‘asam’ yang terkandung di dalam cuka bermanfaat untuk mengatasi masalah ini.

Cara membersihkan ketuhar

1. Isi setengah mangkuk tahan panas dengan campuran air dan perahan jus lemon.

2. Masukkan mangkuk tadi ke dalam ketuhar lalu hidupkan ketuhar selama tiga hingga lima minit.

3. Biarkan selama dua minit sebelum mangkuk tadi dikeluarkan semula. Kemudian bersihkan ketuhar dengan mengelap semua bahagian dengan kain bersih.

Cara membersihkan permukaan meja kerja (table top)

Bagi membersihkan permukaan itu, campurkan air dan cuka dengan nisbah yang sama.

Kemudian lap semua permukaan berkenaan secara perlahan-lahan dan rata.

Cara ini terbukti membersihkannya dari kotoran dan minyak yang melekat ketika aktiviti memasak.

Cara membersihkan saluran air di dapur

Taburkan serbuk soda ke dalam saluran pembuangan air atau sinki dan tuangkan cuka di atasnya

Ia bagi mengatasi saluran air yang perlahan, tersumbat atau mengeluarkan bau kurang sedap.

Cara membersihkan lantai dapur

Campurkan serbuk soda dengan air hangat dan perahan jus lemon.

Gunakan alat pembersih seperti kain atau mop dan gosokkan pada bahagian lantai dapur yang kotor.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Jun 2017 @ 7:39 AM