ANAK tantrum bukan dipengaruhi keadaan atau keperluan sebaliknya boleh dipengaruhi oleh ibu bapa.
ANAK tantrum bukan dipengaruhi keadaan atau keperluan sebaliknya boleh dipengaruhi oleh ibu bapa.
Nurul Husna Mahmud


Antara perkara sering membuatkan ibu bapa buntu adalah apabila anak-anak meradang dan meragam tanpa ada sebab kukuh.

Anak-anak biasanya meragam apabila lampin basah, lapar susu dan tidak selesa dengan persekitaran.

Itulah kebiasaannya namun tidak menolak kemungkinan lain termasuk emosi ibu bapa yang boleh memberi kesan langsung atau tidak langsung kepada anak.

Pakar Terapi Cara Kerja Kanak-kanak BEYOND Home Therapy Mariam Jamadi berkongsi mengenai bagaimana kesan penyusuan ibu turut boleh mempengaruhi emosi anak.

Menurut Mariam Jamadi, anaknya menjadi sangat sensitif dalam satu minggu dan berubah tenang sebaik dirinya cuti selama tiga hari.

"Anak saya tiba-tiba banyak meragam minggu lepas, menangis tanpa sebab. Semua benda tak kena dan jadi sangat pemarah bila tak ikut kemahuan dia.

"Pujuk macam mana pun tak jalan, kalau kes macam ini memang saya akan biarkan dia menangis untuk lepaskan semua kemarahannya.

"Saya tahu dia dah puas nangis adalah apabila dia dah mula buka mata untuk tengok sekeliling.

IBU perlu kenal pasti ragam anak dengan meneliti emosi sendiri.
IBU perlu kenal pasti ragam anak dengan meneliti emosi sendiri.

"Punca dia menangis memang 'kelakar' dan tak boleh diterima akal antaranya tak nak mandi, tak nak tukar lampin pakai buang walaupun dah 'membuang,' nak buka peti ais, saya tegur apabila dia tumpahkan air, nak makan sup panas menggelegak, baju dia pakai tak cantik," katanya.

Tambah Mariam lagi, perubahan sikap anaknya itu yang kuat merengek atas alasan remeh membuatkan dirinya bingung seketika.

Sehinggalah perubahan atau peralihan mood anaknya menjadi sangat baik pada hari dia bercuti menjadikan Mariam memahami punca terjadinya sikap anaknya sebelum itu.

Sepanjang tempoh anaknya itu 'membuat' ragam, situasi dirinya juga berada pada tahap kurang memberangsangkan akibat rutin kerjanya yang sibuk.

"Lepas difikir-fikir punca, rupanya minggu yang dia banyak mengamuk itu adalah minggu temu janji saya penuh selama tujuh hari berturut-turut dari jam 9 pagi hingga 6 petang sebab nak kena ganti tujuh hari saya bercuti.

SUAMI boleh gembirakan isteri yang masih menyusukan anak.
SUAMI boleh gembirakan isteri yang masih menyusukan anak.

"Suami pula ketika itu sedang sibuk siapkan tesis untuk ijazah sarjana. Saya kerja sementara dia jaga anak, bergilir-gilir.

"Jadi masa itu saya stress, penat dan tidak cukup rehat sampai demam, anak saya ikut stres dan sangat kuat mengamuk," katanya.

Menerangkan punca kepada pengaruh 'mood' anaknya itu, Mariam menjelaskan dalam proses penyusuan badan, hormon stres (kostisol) dipindahkan kepada anaknya itu.

Malah dia turut menyarankan setiap ibu yang menyusu bayi supaya membuat 'timbang tara' emosi ketika menyusukan susu anak mereka.

Dalam pada itu beberapa tip turut dikongsikan pakar itu menerusi Facebok, antaranya:

1.Elak terus susukan bayi mereka ketika badan dalam keadaan penat atau tergesa-gesa.Pastikan degupan jantung stabil dan normal dahulu.

2. Ambil masa 10 minit untuk bertenang termasuk minum air dan makan coklat.

3. Amalan seperti membaca potongan ayat al-Quran dan aturan nafas boleh bantu untuk bertenang sebelum menyusu.Tak kiralah menyusu direct ataupun pam.

4. Suami juga penting sebagai sokongan emosi sepanjang tempoh isteri menyusu badan. Lakukan sesuatu yang dapat menggembirakan hati isteri semudah melakukan tugasan harian seperti lipat kain, menyapu dan sebagainya.

MARIAM ibu kena pastikan keadaan emosi ketika menyusukan anak.
MARIAM ibu kena pastikan keadaan emosi ketika menyusukan anak.

Mengenai kajian perkaitan antara susu ibu dan hormon.

1. Kajian dilakukan evolutionary biologist di Harvard University terhadap monyet makmal menunjukkan hormon stres yang dikeluarkan oleh ibu stres fizikal atau emosi boleh disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

2. Keputusan yang paling mengejutkan adalah hormon stres ini memberi kesan yang berbeza terhadap bayi perempuan dan lelaki.

SUSU dipam juga turut sama memberi kesan seperti susu yang diberi langsung.
SUSU dipam juga turut sama memberi kesan seperti susu yang diberi langsung.

Susu yang mempunyai tinggi kepekatan hormon stres memberi kesan terhadap emosi dan perilaku seperti rasa takut, marah, sensitif ataupun tak selesa kepada bayi perempuan berbanding bayi lelaki.

3. Hormon cortisol pada susu ibu boleh memberi kesan kepada tingkah laku sosial anak di masa akan datang walaupun selepas bercerai susu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 8:00 AM