MANDIAN seluruh badan bayi diperkaya dengan ekstrak Portulaca dan aloe vera organik.
MANDIAN seluruh badan bayi diperkaya dengan ekstrak Portulaca dan aloe vera organik.
Muhamaad Razis Ismail


KULIT bayi memainkan peranan penting sebagai rintangan antara persekitaran luar dan dalam badan.

Ia memberi perlindungan daripada kemasukan bakteria dan bahan perengsa serta mencegah dehidrasi. Lapisan stratum korneum dan epidermis kulit bayi adalah lebih nipis dan sensitif, ia mudah terdedah kepada faktor persekitaran yang boleh membahayakan kulit.

Oleh itu, pemilihan produk mandian berkualiti diperlukan penjagaan kulit bayi yang rapi adalah penting untuk memelihara kesihatan kulit bayi.

Prinsip penjagaan kulit bayi adalah menggunakan bahan pembersih yang lembut, menghidratkan kulit, melembapkan kulit dan mampu melindungi kulit daripada bahan perengsa.

Pureen Natural-H terdiri daripada produk mandian bayi, mandian seluruh badan bayi dan syampu bayi yang baik untuk rambut serta kulit sensitif kerana dirumus dengan bahan berasaskan sumber semula jadi.

Ia diperkaya dengan ekstrak Portulaca dan aloe vera organik yang mampu memberi kelembapan unggul, menenangkan iritasi kulit dan mencegah kekeringan kulit serta rambut

Selain itu, ia tidak memedihkan mata kerana diperkaya dengan protein gandum, melembapkan rambut dan menenangkan iritasi kulit.

Pada masa sama, produk ini memiliki PH seimbang dan tanpa paraben, alkohol, SLS, pewarna dan bahan perengsa yang lain.

Malah, pewangi yang digunakan tanpa alergen, berbau harum tanpa menyebabkan iritasi kulit serta disahkan halal.

SYAMPU bayi yang tidak memedihkan mata, melembapkan rambut dan menenangkan iritasi kulit.
SYAMPU bayi yang tidak memedihkan mata, melembapkan rambut dan menenangkan iritasi kulit.

Pureen Natural-H Mandian Bayi

-Membersihkan kulit bayi dengan lembut dan selamat.

-Memelihara kelembapan semula jadi kulit bayi untuk melindungi kulit daripada kekeringan dan iritasi.

-Diperkaya dengan ekstrak Portulaca dan aloe vera organik yang boleh menenangkan dan menghidratkan kulit.

PRODUK Pureen Natural-H mandian bayi yang dirumus dengan bahan berasaskan sumber semula jadi.
PRODUK Pureen Natural-H mandian bayi yang dirumus dengan bahan berasaskan sumber semula jadi.

Pureen Natural-H Mandian

Seluruh Badan Bayi

-Membersihkan badan dan rambut bayi dengan lembut dan selamat.

-Diperkaya dengan ekstrak Portulaca, aloe vera organik dan protein gandum yang melembapkan badan dan rambut bayi.

-Rumusan Tear-free yang tidak memedihkan mata.

Pureen Natural-H Syampu Bayi

-Membersihkan kulit kepala dan rambut bayi dengan lembut dan selamat.

-Diperkaya dengan ekstrak Portulaca, aloe vera organik dan protein gandum yang melindungi dan menjaga kulit kepala dan rambut bayi.

-Rumusan Tear-free yang tidak memedihkan mata.

Dapatkan Pureen Natural-H di pasar raya, gedung serbaneka, kedai ubat dan farmasi. Sila layari www.pureen.com.my untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2020 @ 7:01 AM