Terkenal dengan produk mandian mewah, Crabtree & Evelyn, baru-baru ini menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit kegunaan harian, Damask Rose, yang lengkap dan mudah digunakan.

Sesuai digunakan setiap hari, koleksi itu mengandungi kekayaan alam semula jadi dan formula botani diadun bersama bunga ros Damask Perancis yang membantu melembapkan kulit.

Ia turut diperkaya dengan ekstrak bunga Hollyhock dan bunga ros Yerikho untuk memastikan kulit sentiasa lembut.

Rangkaian produk penjagaan kulit itu terdiri daripada pembersih muka, penyegar, pelembap, krim pembersih solekan, pupur muka sutera dan losen, sesuai untuk semua jenis kulit.

Bahan lain seperti meadowfoam dan macadamia membantu memperbaiki dan memperbaharui kulit manakala minyak ros membantu melegakan kulit.

Ditambah dengan haruman bunga ros, koleksi penjagaan kulit itu mampu mengembalikan seri, meningkatkan fleksibiliti dan daya tahan kulit serta membantu diri kelihatan lebih berseri, sihat dan sempurna.

Ia boleh didapati di semua kedai Crabtree & Evelyn seluruh negara bermula pada harga RM75.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 5:01 AM