UMMI’s Love Natural Baby Wash.
UMMI’s Love Natural Baby Wash.

Majoriti ibu sentiasa mahukan produk penjagaan bayi yang selamat, lembut dan menyenangkan. Walaupun ada yang beranggapan mandian dan syampu hanya untuk membersihkan kulit dan rambut bayi, perlu diketahui penggunaan produk yang salah boleh mempengaruhi kesihatan tubuh si comel, secara keseluruhan.

Misalnya, produk penjagaan bayi yang mengandungi bahan kimia boleh mengundang risiko alahan pada kulit si kecil. Sebab itulah ibu bapa perlu bersikap prihatin, terutama dalam memilih barangan penjagaan harian bayi seperti mandian.

Menurut pengasas Natural Baby Wash Raja Nur Syazana Raja Mukhtaruddin, lambakan produk penjagaan diri dan bayi di pasaran hari ini sepatutnya membuka lebih ruang kesedaran kepada ibu bapa untuk memilih hanya yang terbaik buat bayi mereka.

“Si kecil memerlukan produk penjagaan diri yang dikhaskan untuk bayi kerana mereka tidak mempunyai sistem pertahanan diri sebaik tubuh orang dewasa. Ini bermakna, bayi tidak mampu melawan kesan bahan kimia.

“Apatah lagi jika dimanjakan dengan produk penjagaan diri yang salah. Kulit bayi mungkin memberi tindak balas negatif sehingga menimbulkan pelbagai masalah yang menjejaskan keselesaan mereka sepanjang hari.

“Menyedari pentingnya bayi dibelai dengan produk penjagaan yang selamat, FIZ Global Trading membawakan mandian yang dirumus khas untuk kegunaan bayi iaitu Ummi’s Love Natural Baby Wash,” katanya.

Jelas Raja Nur Syazana, produk mandian yang dihasilkan itu sesuai untuk rambut dan badan bayi. Ia dihasilkan dua dalam satu bagi memudahkan ibu bapa, sekali gus menjimatkan.

“Mandian ini boleh digunakan dari rambut hingga ke kaki. Ia menggantikan fungsi sabun untuk menghilangkan kotoran di tubuh dan membersihkan rambut serta kulit kepala secara efektif.

“Produk ini juga sesuai digunakan ibu yang pertama kali melahirkan dan tidak mempunyai pengalaman memandikan bayi. Dengan tekstur mandian yang lembut dan tidak banyak buih, tentunya ia membantu ibu atau bapa baru untuk menguruskan si manja yang kecil.

“Tambahan wangian lavendernya boleh membawa rasa tenang kepada bayi saat mandi. Si manja lebih mudah diurus dan rutin ibu akan bertambah mudah serta ringkas,” katanya.

Berkongsi pengalamannya sebagai ibu, Raja Nur Syazana berkata, idea menghasilkan mandian itu tercetus berikutan situasi anak sulungnya yang mengalami masalah ekzema.

“Ketika itu, banyak produk penjagaan bayi saya cuba, namun hasilnya mengecewakan. Kulit bayi saya menjadi semakin sensitif dan kering. Ada waktunya dia juga menangis kerana pedih dan tidak selesa dengan sabun yang saya gunakan.

“Inilah yang mendorong diri saya untuk lebih banyak membaca dan menilai setiap produk di pasaran. Ternyata penggunaan produk semula jadi membawa manfaat besar kerana ekzema, kulit sensitif atau kering boleh berlaku tidak mengira usia.

“Penggunaan produk mandian yang tidak bersesuaian khususnya akan memberi kesan gatal, keradangan dan timbulnya ruam pada tubuh si kecil,” katanya.

SLS DAN SLES

Mengintai lambakan produk mandian bayi dan penjagaan diri untuk golongan dewasa hari ini, kebanyakannya mengandungi Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dan Sodium Laureth Sulphate (SLES). Dua bahan ini cukup sinonim dengan produk yang menghasilkan banyak buih.

“Ramai pengguna berpendapat sabun dan syampu yang berbuih tebal ini lebih memuaskan. Begitu juga kandungan paraben yang bertindak sebagai pengawet dan melawan pertumbuhan bakteria. Namun hakikatnya bahan kimia ini memberi kesan buruk kepada kesihatan dalam jangka panjang.

“Berbeza dengan mandian yang kami keluarkan, ia adalah produk bebas SLS dan SLES, paraben mahupun pewangi sintetik. Selain memberi manfaat kepada kesihatan kulit bayi, mandian ini juga sesuai untuk golongan dewasa yang mempunyai kulit sensitif atau kering. Kandungan aloe vera di dalamnya bertindak sebagai agen pelembut semula jadi.

“Ini memudahkan penyerapan dan mengekalkan kandungan air dalam kulit sekali gus melindungi kulit daripada kekeringan dan kerengsaan,” katanya.

Penggunaan mandian ini juga ringkas dan mudah dibilas. Menariknya, ia juga tidak memedihkan mata dan menjimatkan. Sebotol mandian bersaiz besar mampu bertahan sehingga sebulan bergantung kepada pemakaian.

Ibu juga tidak perlu waswas kerana produk buatan Muslim ini dibuat di kilang berstatus Amalan Pengilangan Baik (GMP). Ia juga mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ummi’s Love Natural Baby Wash boleh didapati dalam dua saiz berbeza. Bekas mudah pam yang praktikal mengandungi 500 ml cecair mandian, dijual pada harga RM69 (Semenanjung Malaysia) dan RM71 (Sabah/Sarawak). Sementara itu, terdapat juga dalam bentuk bekas mudah dibawa 100 ml yang dijual dengan harga RM25 (Semenanjung Malaysia) dan RM27 (Sabah/Sarawak).

Pesanan boleh dibuat menerusi laman web www.ummislove.com atau Facebook Ummi’s Love HQ dan Instagram ummislovehq.

TIP MEMBANTU BAYI MENIKMATI WAKTU MANDI

1. Helah terbaik adalah dengan memastikan bayi anda tidak kesejukan sebelum, ketika dan selepas mandi.

2. Mulakan mandian dengan mencuci bahagian pinggang hingga ke kaki bayi. Gunakan air suam.

3. Pastikan tubuh bayi dibaluti tuala saat diletakkan dalam besen atau tab mandi. Buka balutan sedikit demi sedikit sambil meratakan air ke tubuh si manja.

4. Bilas sisa mandian bayi dengan air suam, diikuti balutan tuala untuk mengeringkan tubuh si kecil.

5. Rapatkan bayi ke tubuh anda sambil mengelap bahagian tubuhnya. Pastikan ubun-ubun bayi dilap kering untuk mengelak selsema. -Intan Mas Ayu Shahimi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mei 2017 @ 11:20 AM