SITI Hajar (kiri) bangunkan RehLa dengan sokongan Che Ruby.
SITI Hajar (kiri) bangunkan RehLa dengan sokongan Che Ruby.
Nurul Husna Mahmud

KEPUASAN melancong ke luar negara bukan sahaja dapat merakam gambar menarik, tetapi memberi pengalaman indah bersama teman mahupun keluarga sebagai kenangan di kemudian hari.

Di sebalik keseronokan itu, Ketua Pegawai Eksekutif RHJ Tijarah Resources, Siti Hajar Haron tidak lupa berkongsi masalah sering dihadapi beliau setiap kali terbang ke luar negara.

Kata wanita berusia 47 tahun itu, selepas penat bekerja, melancong antara cara untuk melepaskan tekanan selain mengisi masa dengan teman sekerja.

Namun tidak dinafikan masalah kecil ketika bercuti di luar negara boleh mengundang pengalaman tidak menyenangkan apatah lagi berkait rapat dengan masalah kesihatan diri.

Katanya, dia yang mempunyai masalah kulit sensitif terpaksa bergelut mengakui terpaksa membawa dan mencuba pelbagai jenis produk untuk memastikan selesa sepanjang berada di luar negara.

"Saya gemar melancong ke luar negara dan minat itu timbul sejak saya berkhidmat dengan Malaysia Airlines sebagai kru kabin selama lima tahun bermula 1989.

SITI Hajar ketika di Mekah.
SITI Hajar ketika di Mekah.

"Apabila memiliki keluarga dan bertukar kerjaya termasuk berkhidmat dalam industri Telco selama 25 tahun, sukar rasanya untuk memiliki hobi lain. Kalau tidak bersama keluarga, saya akan pergi melancong dengan teman rapat termasuk Che Ruby Mohamed.

"Dalam keseronokan tidak dinafikan isu dihadapi saya terutama pergi ke negara iklim sejuk ialah masalah kulit mudah kering dan itu lebih ketara sejak 10 tahun lalu," katanya.

Tambahnya yang juga ibu kepada lima cahaya mata berusia tujuh hingga 26 tahun itu, mengakui dilema individu mengalami masalah kulit berasa terganggu setiap kali ingin melakukan persiapan bagi pilihan produk penjagaan kulit yang sesuai setiap kali melancong.

"Kebanyakan negara saya pergi empat iklim dan bercuaca sangat sejuk. Jadi apabila pergi ke negara seperti ini biasanya penginapan menggunakan air panas.

"Banyak sudah saya belanjakan untuk produk penjagaan kulit, tetapi untuk cari yang sesuai dengan keperluan terutama kulit Asia cukup susah. Malaysia beriklim lembap, jadi apabila saya pergi ke negara luar biasanya terlalu sejuk dan kadangkala terlalu kering menyebabkan berlaku radang kulit yang teruk.

"Jadi masalah seperti ini banyak menyebabkan 'mood' dan rasa keseronokan ketika bercuti itu terganggu. Paling kemuncak ialah ketika saya menunaikan umrah pertama kali pada 2013.

GEMAR berkongsi masalah dihadapi setiap kali terbang ke luar negara. FOTO Amiruddin Sahib
GEMAR berkongsi masalah dihadapi setiap kali terbang ke luar negara. FOTO Amiruddin Sahib

SITI Hajar bersama kru RehLa mahu membantu ramai orang memiliki kulit sihat. FOTO Amiruddin Sahib
SITI Hajar bersama kru RehLa mahu membantu ramai orang memiliki kulit sihat. FOTO Amiruddin Sahib

"Bukan sahaja gatal-gatal biasa, sebaliknya kulit menjadi terlalu kering sehingga bersisik. Apabila jalan terlalu lama, kulit bukan sahaja pecah, malah berdarah sepanjang dari tempat ibadah ke penginapan," katanya.

Masalah itu turut dikongsi rakan jemaah lain yang mengadu mengalami masalah bibir dan tumit kaki merekah membuatkan Siti Hajar terus mencari produk sesuai dengan keperluan.

"Satu lagi perkara membuat saya teliti mengenai pilihan produk sesuai untuk kebanyakan masyarakat apabila ke luar negara terutama ketika menunaikan umrah ialah mesra ibadah.

"Walaupun saya dapati ada produk sesuai dengan kulit, tetapi isu kedua timbul ketika umrah sejauh mana 'kesucian' produk saya gunakan sesuai untuk berihram dan sebagainya," katanya.

Tambah Siti Hajar, pengorbanan pernah dilakukan demi mendapat kulit sihat termasuk belanja ribuan ringgit bagi merawat kulit.

"Pernah juga beli produk sehingga seribu lebih dan jumpa pakar kulit selama tiga tahun untuk selesaikan masalah berkenaan. Jadi pada 2018, saya dan Ketua Pegawai Operasi, Che Ruby Mohamed mula lakukan kajian untuk dapatkan produk elok.

KULIT kering ketika melancong antara sering dihadapi kebanyakan orang.
KULIT kering ketika melancong antara sering dihadapi kebanyakan orang.

SITI Hajar (kiri) bangunkan RehLa dengan sokongan Che Ruby. FOTO Amiruddin Sahib
SITI Hajar (kiri) bangunkan RehLa dengan sokongan Che Ruby. FOTO Amiruddin Sahib

"Hasil kajian selama setahun itu mendapati ekstrak nanas yang mengandungi bromelain yang membantu melembap dan memulihkan kulit. Jadi pada tahun lalu kami mula perkenalkan RehLa untuk mereka yang mempunyai masalah sama dalam pek melancong," katanya.

Kongsi kaedah penjagaan kulit

Sementara itu, Che Ruby berkongsi kaedah penjagaan menggunakan koleksi penjagaan kulit berkenaan terdiri daripada lima produk.

Kata Che Ruby, lima langkah mudah boleh diamalkan menerusi set penjagaan kulit iaitu bermula dengan mencuci menggunakan Hydra Facial Cleanser, kemudian penggunaan serum HydraIntencive Face Serum, Hydrating & Nourishing Face Oil, Hydra Essential Moisturuser dan Daily Uv Self Defence SPF50.

MASALAH kulit pecah dan bersisik dialami Siti Hajar ketika melancong (gambar hiasan).
MASALAH kulit pecah dan bersisik dialami Siti Hajar ketika melancong (gambar hiasan).

PERLU belanjakan pada produk betul.
PERLU belanjakan pada produk betul.

"Minyak melembapkan kulit adalah berbeza dengan serum dan pelembap kerana fungsinya memberi litupan bagi mengelak bendalir pada permukaan kulit hilang dengan cepat.

"Itu juga membantui mengurangkan kadar penuaan dengan cepat jika pengguna lebih teliti dalam menjaga kulit muka. Selain itu, penggunaan penghalang sinar UV membantu menyeragamkan tona kulit dan mengelak masalah jeragat," katanya.

Selain produk RehLa untuk penjagaan kulit muka kata Che Ruby produk penjagaan badan seperti Ultra Nourishing Shower Oil membantu mengurangkan masalah kulit bersisik dan kering dalam cuaca ekstrim.

"Kami juga sarankan untuk pemulihan menyeluruh perlu gunakan Ultra Nourishing Shower Oildan Deep Moisturising Balm kerana ia dapat membantu memulihkan masalah kulit terkesan dalam cuaca ekstrim," katanya.

BROMELAIN dalam ekstrak nanas elok untuk kulit.
BROMELAIN dalam ekstrak nanas elok untuk kulit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2020 @ 7:00 AM