RIM Geolander AT G015.
RIM Geolander AT G015.
PEREHAT kepala baharu.
PEREHAT kepala baharu.
TRITON baharu gaya sporty.
TRITON baharu gaya sporty.
Lizam Ridzuan


MESKIPUN model Mitsubishi Triton Serba Baharu sudah dilancarkan di Thailand tahun lalu, kemasukan ke pasaran tempatan belum dapat dipastikan.

Ia model generasi keenam dengan rekaan serba baharu yang mula dipertontonkan ketika Pameran Motor Antarabangsa Bangkok pada Mac tahun lalu sebagai XRT Concept.

Namun bagi memberi sentuhan segar pada model sedia ada, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memperkenalkan Mitsubishi Triton AT Premium ke dalam pasaran negara ini dengan ciri diperbaharui.

Model edisi terhad itu kini tampil dengan rekaan luaran warna Putih Diamons sahaja serta perekat grafik baharu, kemasan bampar hadapan bergaya, rim aloi 18 inci Geolander AT G015, gerbang roda, sports bar dinamik dan visor.

Untuk ruang kabin ia didatangkan dengan plat 'scuff' Triton bercahaya dan rekaan perehat kepala baharu dengan corak sporty.

Triton dikuasakan dengan enjin 2.4 liter MIVEC turbo diesel VVT yang menjana kuasa 181PS dan tork 430Nm.

HANYA didatangkan dengan warna putih.
HANYA didatangkan dengan warna putih.

Ia juga dengan sistem keselamatan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Kuasa-Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Aktif (ASC), Kawalan Cengkaman (TC), Rest Reminder, Bantuan Permulaan Bukit (HSA) dan Bantuan Kestabilan Trailer (TSA).

Triton juga dengan Perakam Video Pemanduan (DVR) sebagai ciri standard, sistem pacuan empat roda Easy Select 4WD dan radius putaran 5.9 meter.

SPORTS bar dan spoiler dinamik.
SPORTS bar dan spoiler dinamik.

Untuk pasaran Malaysia Triton AT Premium ditawar pada harga RM135,900 (atas jalan tanpa insurans).

Terdapat lima lagi varian lain Triton untuk pasaran di negara ini yang dijual pada harga bermula RM86,390 sehingga RM155,900.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Februari 2024 @ 6:20 AM