Lizam Ridzuan

PILIHAN pacuan empat roda kini bukan lagi sebagai kegunaan lasak atau komersial malah juga kenderaan gaya hidup urban.

Satu daripada model menarik dalam pasaran ialah Mitsubishi Triton baharu yang memasuki pasaran pada 2019.

Vroom berkesempatan memandu uji model Triton VGT Adventure X yang juga varian tertinggi daripada lima varian ditawarkan di negara ini.

Rekaan luarannya tampil dengan ciri signatur terutama pada bahagian hadapan dengan konsep 'Dynamic Shield' dan lampu nyalaan siang serta lampu bi-led untuk pencahayaan lebih baik.

Pada bahagian belakang, dilengkapi lampu kombinasi LED untuk mudah dilihat daripada jauh dan tampil sedikit berbeza dengan varian lain.

Untuk gaya sporty, ia didatangkan dengan rim aloi 18 inci dan sports bar pada bahagian kargo seterusnya menyerlahkan elemen lasak kenderaan ini.

RODA stereng pelbagai fungsi dengan ‘Paddle Shifter’.
RODA stereng pelbagai fungsi dengan ‘Paddle Shifter’.

TRITON untuk gaya dan prestasi.
TRITON untuk gaya dan prestasi.

Menjengah ke bahagian dalaman, terserlah elemen seakan-akan kenderaan utiliti sukan (SUV) padanya.

Ia kini dipadankan dengan pemain multimedia skrin sesentuh dengan aplikasi Apple Carpay dan Android tersedia yang boleh disambungkan melalui telefon pintar.

Roda stereng kulit dengan 'paddle shifter' dan butang pelbagai fungsi bagi kemudahan pemanduan ada pada model ini.

Menambah keselesaan, pada bahagian tepi konsol tengah, ia dibaluti pelapik lembut lutut bagi merehatkan kaki seterusnya memberi keselesaan sepanjang perjalanan.

RUANG dalaman gaya SUV.
RUANG dalaman gaya SUV.

KARGO luas untuk muatan.
KARGO luas untuk muatan.

Bahagian belakang disediakan ruang mengecas telefon pintar dan USB selain corong pendingin udara untuk penumpang.

Triton Adventrure X didatangkan dengan perakam video digital (DVR) serta rekaan grafik pelekat sisi yang sporty.

Ia turut dilengkapi lapisan keselamatan haba dan solar premium untuk keselesaan kabin.

Untuk pemanduan, ia dikuasakan oleh enjin 2.4L MIVEC Turbo Diesel DI-D Common Rail VGT Intercooler dengan blok aluminium untuk kecekapan dan prestasi optimum.

Selain komponen lebih ringan, ia menjana kuasa kuda 181 PS dan tork 430 Nm ke empat-empat roda melalui kotak gear transmisi enam kelajuan baharu yang ditambah baik untuk pertukaran gear lebih lancar.

Untuk berasakan lebih prestasi mod sport juga disediakan.

SISTEM Super-Select 4WD II Mitsubishi Motor.
SISTEM Super-Select 4WD II Mitsubishi Motor.

Ia juga didatangkan dengan sistem 'Super-Select 4WD II Mitsubishi Motor' untuk mod off-road baharu yang meningkatkan keupayaan pada permukaan lasak seperti jalan batu kelikir, lumpur dan pasir.

Penulis mencuba fungsi lain iaitu Kawalan Menuruni Bukit ketika menyusuri laluan curam dan sebaik ia dihidupkan, kuasa enjin, transmisi dan brek akan disesuaikan mengikut keperluan yang menambah keyakinan kepada pemanduan.

Sistem keselamatan terbaik turut ditawarkan membabitkan Amaran Titik Buta dengan Bantu Tukar Laluan (BSW dan LCA) untuk memintas kenderaan dengan lebih selamat.

Ia juga dilengkapi tujuh beg udara SRS, Amaran Trafik Melintas Belakang (RCTA), Sistem Pengurangan Terlepas Pecutan Ultrasonic (UMS) dan Pancaran Tinggi Automatik (AHB).

Secara keseluruhan, ia menawarkan pakej lengkap untuk kenderaan bagi disesuaikan dengan keperluan gaya hidup.

PENGECAS USB dan ruang meletak telefon penumpang belakang.
PENGECAS USB dan ruang meletak telefon penumpang belakang.

BAHAGIAN belakang dengan lampu LED.
BAHAGIAN belakang dengan lampu LED.

Sama ada di bandar atau laluan mencabar, ia mampu melaksanakan tugasan meredah laluan dengan lancar.

Melalui pemanduan sistem suspensi yang ditala juga membolehkan kurang olengan dapat dirasakan namun memberikan responsif yang baik pada laluan tidak rata atau lasak.

Rim aloi 18 inci dwi tona, kamera 360 darjah, kerusi elektrik untuk pemandu dan enam pembesar suara antara yang menarik ditawarkan untuk keselesaan sepanjang perjalanan.

Untuk pasaran Malaysia, Mitsubishi Triton VGT A/T Adventure X dijual pada harga RM137,900 (atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau 200,000 kilometer (yang mana lebih dahulu).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2020 @ 6:30 AM
CIRI signatur Dynamic Sheild.
CIRI signatur Dynamic Sheild.