VARIAN RS tampil sporty.
VARIAN RS tampil sporty.
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my


KENDERAAN utiliti sukan (SUV) Honda HR-V kini didatangkan dengan ciri dipertingkatkan terutama varian Hybrid yang menerima sentuhan kemasan luaran terkini.

Selain pengenalan warna baharu Platinum White Pearl, semua varian kini dilengkapi paparan sistem infotainmen bersaiz tujuh inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto serta dua pengecas USB.

Untuk model HR-V Sport Hybrid i-DCD, ia datang dengan lampu hadapan, kabus dan belakang LED, pemegang pintu krom dan roda stereng tiga jejari untuk gaya lebih sporty.

Sejak diperkenalkan pada 2015, model HR-V sudah terjual lebih 98,600 unit di negara ini dan versi peningkatan dilancarkan pada 2019 menerusi varian baharu RS dan Sport Hybrid.

Hasil pengenalan varian terkini, pada 2020, ia menjadi penyumbang ketiga tertinggi untuk Honda Malaysia dengan 17 peratus daripada keseluruhan jualan.

Varian V menjadi pilihan ramai dengan mencatatkan 41 peratus jualan manakala warna Passion Red Pearl menerima tempahan paling banyak iaitu 30 paratus daripada keseluruhan jumlah jualan model HR-V.

RUANG dalaman HR-V RS.
RUANG dalaman HR-V RS.

Ia juga kekal sebagai pendahulu pasaran SUV kompak segmen-B bukan jenama tempatan dengan penguasaan pasaran sehingga 73 peratus setakat November 2020.

Honda HR-V didatangkan dengan empat varian untuk pasaran Malaysia iaitu E, V dan RS.

Ia dijana enjin 1.8L SOHC i-VTEC Transmisi Boleh Ubah Berterusan (CVT).

Sport Hybrid i-DCD pula didatangkan dengan enjin 1.5 DOHC i-VTEC, tujuh kelajuan transmisi dwikelajuan (DCT) dan 'Integrated High Power Motor' dengan bantuan bateri Lithium-Ion.

Untuk pasaran Malaysia Honda HR-V dijual pada harga RM104,000 (E), RM113,421 (V) dan RM118,581 (RS) manakala untuk Sport Hybrid i-DCD, harganya akan diumumkan tidak lama lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2021 @ 6:25 AM