HIDANGAN terkini daripada deli2go.
HIDANGAN terkini daripada deli2go.
HM Digital

SHELL deli2go memperkenalkan menu terbaharu hidangan panas dan lazat untuk menjadikan perjalanan serta pemanduan tambah menarik.

Bertemakan 'Layan Panas-Panas', menu makanan panas ini menampilkan 'croffle' istimewa, Ayam Masak Merah Mac dan Cheese dan pilihan makanan yang sesuai untuk kanak-kanak iaitu Meatball Bolognese Mac dan Cheese.

Selain itu, deli2go turut menawarkan pilihan tanpa daging dengan tawaran terkini mereka termasuk Asam Pedas Pasta dan Satay Wrap.

Satay Wrap diusahakan bersama Nestle Professional menggunakan ketulan berasaskan tumbuhan yang dibakar Harvest Gourmet dan disaluti dengan sos satay kegemaran rakyat Malaysia.

Pengurus Besar Mobiliti, Shell Malaysia dan Singapura Seow Lee Ming berkata, pihaknya sentiasa berusaha memastikan stesen Shell menjadi lokasi yang mudah dikunjungi pelanggan.

"Ia bukan sekadar lokasi untuk mengisi minyak malah mendapatkan makanan enak berkualiti tinggi.

"Melalui deli2go, Shell komited menawarkan hidangan hangat, tambahan tenaga dan pengalaman gastronomi yang memuaskan kepada rakyat Malaysia.

"Matlamat kami adalah untuk menjadikan deli2go sebagai lokasi perhentian terbaik pelanggan sebelum mereka meneruskan perjalanan," katanya.

Deli2go akan menyajikan sampel hidangan percuma kepada orang ramai menerusi siri trak Layan Panas-Panas yang akan bermula di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur merentasi 70 lokasi di seluruh negara seperti tempat popular tempatan dan stesen Shell daripada 25 April hingga 5 Jun ini.

Selain merasai menu istimewa ini, pelanggan yang bergambar dengan trak istimewa ini berpeluang untuk mendapat baucar yang boleh ditebus apabila membeli hidangan panas baharu di stesen deli2Go terdekat sehingga akhir Julai.

Pelanggan juga boleh menebus hidangan panas deli2go terpilih menggunakan mata kilometer mereka dengan minyak sebagai mata wang melalui kempen terbaru Shell, 'Ekstra KM Belanja' daripada 1 Mei hingga 10 Julai.

Pelanggan akan mendapat ganjaran dengan lebih KM apabila mereka mengisi minyak dan berbelanja di stesen Shell.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2022 @ 6:40 AM