Rakyat Malaysia kini dapat memenuhi keinginan mereka dengan lebih 20 pilihan menu tempatan di deli by Shell.
Rakyat Malaysia kini dapat memenuhi keinginan mereka dengan lebih 20 pilihan menu tempatan di deli by Shell.
Hanis Aliaa Hidzir

Kuala Lumpur: Shell Malaysia baru-baru ini melancarkan deli by Shell, kiosk makanan luar stesen minyak pertama yang dibuka di stesen LRT Abdullah Hukum. 

deli by Shell menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman istimewa deli2go Shell selain makanan kegemaran tempatan seperti nasi lemak bungkus, donat ikan bilis dan nasi ayam Buttermilk.

Kiosk makanan pertama ini merupakan inisiatif Shell bagi memberi kemudahan untuk rakyat Malaysia mengisi perut di perhentian yang selesa sebelum meneruskan perjalanan ke tempat kerja.

Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd Shairan Huzani Husain, sebagai peruncit mobiliti, Shell ingin terus berinovasi dengan meletakkan pelanggan sebagai keutamaan.

"Melihatkan kepada kesibukan orang ramai yang memerlukan kemudahan ketika bergerak, kami mengambil langkah berani dengan menawarkan pelbagai jenis makan dan minuman di luar stesen minyak kami.

"Pengguna LRT dapat menikmati kemudahan tambahan di deli by Shell di tengah kesibukan jadual mereka. Kami mahu pelanggan menikmati sama ada secawan kopi O panas mahupun sebungkus nasi lemak yang baru disiapkan," katanya.

Mempunyai lebih daripada 20 pilihan makanan, pelanggan juga dapat menikmati kombo makanan sepanjang hari yang hadir dengan pilihan minuman kopi O dan teh O di deli by Shell.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Shell dan kunjungi deli by Shell di stesen LRT Abdullah Hukum sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 April 2021 @ 9:13 AM