SHAIRAN Huzani (dua dari kanan) bersama Pengarah Urusan Costa Express, Scott Martin (dua dari kiri) pada pelancaran kopi layan diri Costa Coffee dan Shell Select, semalam.
SHAIRAN Huzani (dua dari kanan) bersama Pengarah Urusan Costa Express, Scott Martin (dua dari kiri) pada pelancaran kopi layan diri Costa Coffee dan Shell Select, semalam.
Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Shell Malaysia Trading Sdn Bhd menjalin kerjasama dengan Costa Coffee bagi melancarkan 200 Costa Coffee layan diri di cawangan Shell Select terpilih dalam tempoh setahun.

Pengarah Urusannya Shairan Huzani Husain berkata, bagi fasa pertama pihaknya akan meluaskan mesin kopi layan diri di 200 stesen dan jumlah itu akan ditambah pada masa akan datang.

Katanya, sebelum ini Costa Coffee hanya boleh didapati di 70 stesen Shell Select terpilih dan menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

“Shell mengutamakan kepuasan pelanggan dan kami komited dalam menawarkan kemudahan kepada pelanggan bukan saja dari segi pengisian petrol, malah memastikan pelanggan memperoleh minuman dan makanan yang berkualiti secara cepat serta berpatutan.

“Kami sentiasa menaiktaraf rangkaian Shell termasuk menyediakan ruang ‘Food Oasis’ yang menawarkan kepelbagaian pastri, di samping makanan dan minuman daripada rakan niaga tempatan dan antarabangsa,” katanya di majlis pelancaran kopi layan diri Costa Coffee dan Shell Select di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Ogos 2017 @ 8:36 AM