ANWAR menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Hab Kewangan Antarabangsa Malaysia Tun Razak Exchange. FOTO Asyraf Hamzah
ANWAR menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Hab Kewangan Antarabangsa Malaysia Tun Razak Exchange. FOTO Asyraf Hamzah
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid


Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kerajaan akan membuat keputusan mengenai mekanisme Beras Putih Malaysia Madani, petang ini.

Beliau berkata, mesyuarat pada petang ini itu bukan hanya mengenai beras sahaja, tetapi turut membabitkan inisiatif lain seperti ikan, ayam, daging dan sayur pada harga lebih murah.

"Masalahnya jangan bincang pasal beras sahaja kerana inisiatif yang dibuat itu jual ikan, ayam, daging, sayur, itu harga yang lebih murah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Tun Razak Exchange sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia di Menara Exchange 106 di sini, hari ini.

Sebelum ini Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengumumkan, kerajaan memperkenalkan kategori tunggal bagi beras putih untuk menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran negara dikenali sebagai Beras Putih Malaysia Madani.

Syed Abu Hussin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dilaporkan berkata, kerajaan turut menetapkan harga siling bagi beras putih itu pada kadar RM30 bagi kampit 10kg manakala RM15.50 (5kg) dan RM3.50 (1kg)

Bagaimanapun, ia kemudian mendapat kritikan daripada Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh yang menggesa Anwar agar tidak membenarkan cadangan Beras Putih Malaysia Madani dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, sebarang pengumuman tentang harga terutamanya beras perlulah daripada kerajaan.

"Kalau ada cadangan tersendiri, itu negara demokrasi, boleh. Tetapi tidak merupakan keputusan kerajaan. Kerajaan akan buat keputusan petang ini," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai peletakan jawatan beberapa pegawai kanan pengurusan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Anwar berkata, ia sedang dikendali oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"LTAT itu sedang dikendali oleh Menteri Pertahanan dan akan dilapor kepada Jemaah Menteri," katanya.

Berita berkaitan:

KPDN sedia siasat jika ada unsur kartel dalam industri beras

Beras Madani mungkin meningkatkan kos sara hidup - Noorman

Beras Putih Malaysia Madani: Banyak perkara belum dikemaskini - Barim

Pemuda UMNO gesa PM halang cadangan perkenal beras Madani

'Adakah Beras Putih Malaysia Madani campuran beras import dan tempatan?' - Exco Terengganu

Kerajaan tak buat pusingan U isu gred beras putih - Fahmi

PM yakin harga beras dapat dikurangkan

Selaras harga beras tempatan RM30: Persatuan pengguna bimbang

Kerajaan perkenal beras putih Malaysia Madani pada harga RM30

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Februari 2024 @ 12:44 PM