GAMBAR fail menunjukkan serpihan MH17 yang dibina semula. FOTO AFP.
GAMBAR fail menunjukkan serpihan MH17 yang dibina semula. FOTO AFP.
Reuters

Amsterdam: Mahkamah Belanda mengesahkan sebuah misil buatan Rusia digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17.

"Mahkamah berpendapat bahawa MH17 ditembak jatuh dengan tembakan peluru berpandu BUK dari ladang berhampiran Pervomaisk, membunuh 283 penumpang dan 15 anak kapal," kata Hakim Hendrik Steenhuis.

Media sebelum ini melaporkan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh angkara roket buatan Rusia milik pemberontak pro-Moscow.

Semua 298 penumpang serta anak kapalnya terkorban.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2022 @ 9:07 PM