ZAKI Yamani lebih gemar berdikari sendiri cari rezeki.
ZAKI Yamani lebih gemar berdikari sendiri cari rezeki.
Norhayati Nordin


KALAU diukur daripada pengalamannya yang masih hijau dan 'setahun jagung' dalam industri hiburan, nama Zaki Yamani, 16, pastinya kurang dikenali jika dia bukan anak penghibur terkenal.

Anak kedua raja pop negara, Datuk Jamal Abdillah bersama bekas isteri ketiga, Fatimatuzahra Abdul Samad ini, bagaimanapun bijak membawa diri dan cekap berdikari.

Zaki yang membabitkan diri dalam kerjaya nyanyian seperti bapanya, baru dua tahun mencuba nasib. Namun, langkah permulaannya pada awal 2020 lalu agak berliku dengan kemunculan Covid-19.

Namun, Zaki sempat hadir dengan dua single solo iaitu Percayaku, lagu hasil ciptaannya sendiri dan Slow Mo yang dicipta gabungan komposer Newell, Unji, Fablo dan Cat Farish.

Bagi tahun ini, Zaki atau nama sebenarnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah akan muncul dengan single baharu secara trio bersama bapa dan abangnya, Osama Yamani berjudul Tangan Yang Melambai ciptaan Ezra Kong.

Zaki yang kini bergelar tauke kedai makan berkata, dia akan meneruskan karier seninya, tetapi perniagaan juga keutamaan. Ujarnya, dia ingin kedua-duanya bergerak seiring.

IMPIAN Zaki ingin karier nyanyian dan bisnes gerak seiring.
IMPIAN Zaki ingin karier nyanyian dan bisnes gerak seiring.

"Saya ingin berjaya dalam seni dan perniagaan. Dua bidang ini, punca rezeki saya. Malah, pembabitan berniaga ini pun bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, apabila penyanyi tiada 'job' persembahan.

"Sebagai anak lelaki, melihat semangat ibu mencari rezeki membuatkan saya terdetik membantu. Ditambah, ibu saya juga ada idea untuk kami menjalankan bisnes bersama," katanya.

Menurut Zaki, sejak dia mengusahakan kedai makan yang dikenali sebagai Ngopi Dulu Yop itu, banyak pengalaman dan pembelajaran baharu ditimba terutama membaiki cara komunikasi ke arah lebih baik bersama pelanggan.

"Saya pemalu, tapi sejak berniaga ini jadi makin berani dan tahu menjaga pertuturan dengan pelanggan. Sejujurnya, saya seronok menghadapi ragam pelanggan yang pelbagai dan mencabar.

"Malah, saya juga makin matang dan tahu apa dilakukan. Apa-apa pun, ibu saya adalah tulang belakang utama yang banyak memberi semangat untuk berani dan tak gentar berusaha mencari rezeki halal," katanya.

Berbicara mengenai Jamal, katanya bapanya itu ada memberi duit belanja, tetapi dia lebih seronok jika berusaha sendiri. Katanya, dia selesa berdikari meskipun usia masih muda kerana dapat menimba banyak ilmu.

Katanya, minat sama dimiliki ibu juga mendorong dia berjiwa kental. Zaki memaklumkan, sekarang dia tekad mahu mengembangkan bisnes kedai makannya itu ke beberapa cawangan baharu selepas beroperasi di Kajang, Selangor dan Setapak, Kuala Lumpur.

Realisasi hasrat bapa

Berbicara mengenai single Tangan Yang Melambai, Zaki berkata lagu itu sudah dijalankan sesi rakamannya pada November tahun lalu. Menurut

nya, ia yang lagu amat istimewa.

"Sebenarnya, penghasilan single Tangan Yang Melambai ini atas permintaan baba (panggilan untuk Jamal). Dia nak sangat, kami bertiga bergabung vokal merakamkan satu lagu yang istimewa sekeluarga.

"Saya ikutkan saja hasrat baba. Ditambah, seronok juga dapat bergabung vokal dengannya dan abang juga. Kami pun tidak ambil masa lama untuk menyiapkan rakaman lagu ini.

TERUJA, Zaki rakam lagu baharu Tangan Yang Melambai bersama bapa dan abang.
TERUJA, Zaki rakam lagu baharu Tangan Yang Melambai bersama bapa dan abang.

"Bahkan, antara kami sudah ada bahagian masing-masing. Baba juga banyak membantu kerana dia banyak pengalaman. Apa yang saya harapkan lagu ini akan diterima baik pendengar selepas dilancarkan nanti," katanya.

Ditanya juga mengenai penghasilan single baharu daripada air tangannya, Zaki berkata buat masa ini dia akan menyanyikan lagu dihasilkan komposer lain. Katanya, cukuplah pengalaman merakam single pertama dulu.

"Dah cuba dan ada pengalaman sekali itu. Saya kena belajar lagi dalam penciptaan lagu. Apa-apa pun, sekarang rasanya biar saya nyanyikan

dulu lagu daripada komposer lain," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Februari 2022 @ 7:00 AM