Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 terus mencatatkan penurunan dengan 14,954 kes hari ini berbanding 15,549 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif 2,097,830 kes direkodkan setakat ini.

Dr Noor Hisham berkata, Sarawak kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,707 kes diikuti Selangor (2,028 kes); Johor (1,948 kes); Kelantan (1,420 kes); Sabah (1,356 kes); Pulau Pinang (1,259 kes); Perak (1,222 kes); Kedah (809 kes) dan Pahang (705 kes).

"Selain itu, Terengganu mencatatkan 671 kes; Kuala Lumpur (383 kes); Melaka (207 kes); Negeri Sembilan (144 kes); Perlis (76 kes); Putrajaya (19 kes) dan sifar kes di Labuan," katanya.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 September 2021 @ 4:20 PM