BERNAMA

Kuala Lumpur: Malaysia hari ini merekodkan sebanyak 22,597 kes baharu 22,597 kes baharu Covid-19, meningkat sedikit berbanding semalam iaitu 22,070 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di Facebook rasminya berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,685,510.

Katanya, Selangor kekal dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 5,814 kes, diikuti Sabah (2,834), Sarawak (2,427), Kedah (2,162) dan Pulau Pinang (1,920).

"Sebanyak 1,896 kes direkodkan di Johor, Kelantan (1,289), Kuala Lumpur (1,111), Perak (1,061), Terengganu (739), Pahang (579), Negeri Sembilan (345), Melaka (269), Perlis (98), Putrajaya (48) dan Labuan (5), " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Ogos 2021 @ 5:52 PM