Keluarga mangsa yang maut akibat Covid-19 memakai peralatan perlindungan diri (PPE) membantu mengebumikan jenazah ahli keluarga di Banda Aceh, Indonesia. - FOTO EPA
Keluarga mangsa yang maut akibat Covid-19 memakai peralatan perlindungan diri (PPE) membantu mengebumikan jenazah ahli keluarga di Banda Aceh, Indonesia. - FOTO EPA
Agensi

Jakarta: Indonesia mencatatkan pertambahan angka kematian tertinggi di dunia akibat Covid-19 selepas mencatatkan 1,598 kematian baru dalam tempoh 24 jam.

Ia diikuti Brazil yang merekodkan 1,238 kematian dalam tempoh sama.

Mengikut angka berkenaan, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Indonesia kini mencecah 98,889 manakala, kes positif sebanyak 3.5 juta.

Berdasarkan data dari laman Worldometers sebanyak 4.3 juta individu maut akibat pandemik Covid-19 sejak ia mula dikesan penghujung tahun 2019.

Manakala, kes positif direkodkan sebanyak 200.213 juta di seluruh dunia.

Lima negara yang mencatatkan angka tertinggi setakat ini adalah Amerika Syarikat dengan 36.04 juta kes dan 630,458 maut; India (31.77 juta kes, 425,789 maut); Brazil (19.99 juta kes, 558,597 maut); Rusia (6.33 juta kes, 160,925 maut) dan Perancis (6.18 juta kes, 111,993 maut).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Ogos 2021 @ 6:59 PM