Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan angka tertinggi sejak pandemik melanda negara dengan 24,599 kes hari ini berbanding 22,642 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif 1,640,843 kes direkodkan setakat ini.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu 6,936 kes, diikuti Sabah (3,487 kes); Johor (2,785 kes); Pulau Pinang (2,078 kes); Sarawak (2,024 kes); Kedah ( 1,538 kes); Kelantan (1,312 kes); Perak (1,170 kes) dan Kuala Lumpur (881 kes).

"Selain itu, Pahang mencatatkan 690 kes; Terengganu (567 kes); Negeri Sembilan (526 kes); Melaka (515 kes); Perlis (67 kes); Putrajaya (20 kes) dan Labuan (tiga kes)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Ogos 2021 @ 3:56 PM