Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Lenggong Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan beliau meletak jawatan sebagai menteri hari ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli.

"Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dia merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi peluang kepada dirinya berkhidmat sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli serta pimpinan Umno yang mencadangkan namanya sebagai menteri sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Ogos 2021 @ 6:22 PM