Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Jumlah kes Covid-19 yang dilapor hari ini kembali mencatatkan peningkatan iaitu 5,419 kes dengan Selangor kekal merekodkan kes tertinggi sebanyak 1,996.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif 667, 876 kes direkodkan setakat ini.

Beliau berkata, Sarawak pula mencatatkan 718 kes, Kuala Lumpur (650); Negeri Sembilan (396); Johor (366); Kedah (252); Kelantan (245); Sabah (230); Melaka (155) ; Labuan (138) dan Pulau Pinang (124).

Selain itu, Perak mencatat 68 kes, Terengganu (43); Pahang (32); Putrajaya (lima) dan Perlis dengan hanya satu kes direkodkan.

Dr Noor Hisham berkata, kes aktif setakat ini sebanyak 70,112 kes manakala kes sembuh pula berjumlah 6,831 kes.

Selain itu, 101 kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 adalah 4,069 orang.

"Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 922 kes, manakala yang memerlukan bantuan pernafasan adalah 450 kes," katanya.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Jun 2021 @ 3:15 PM