ENAM pemancing yang selamat mengadakan sujud syukur sebaik mereka tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman untuk bertenu dengan saudara mereka. FOTO ROSLI ILHAM
ENAM pemancing yang selamat mengadakan sujud syukur sebaik mereka tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman untuk bertenu dengan saudara mereka. FOTO ROSLI ILHAM
Rosli Ilham


Chukai: Enam lelaki dikhuatiri hilang ketika memancing di perairan Kuala Kemaman sejak isnin lalu ditemui selamat, hari ini.

Komander Zon Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kemaman, Komander Maritim, Rashidilhadi Abd Rashid berkata, pihaknya dimaklumkan bot pemancing terbabit ditemui bot nelayan Pahang, pagi ini dan kini sedang ditunda masuk ke pengkalan.

"Kita dah dapat berhubung dengan salah seorang mangsa dan memaklumkan bot mereka sedang ditunda masuk ke Kuantan oleh bot nelayan Pahang.

"Saya dimaklumkan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat dan sekarang mereka sedang dalam perjalanan ke pengkalan jeti nelayan di Kuantan ," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, maklumat awal, pemancing terbabit memberitahu bot mereka mengalami kerosakan selepas kipas enjin bot tercabut sebelum bot mereka hanyut.

"Pihak kami masih lagi menunggu mereka semua sampai ke darat dan mereka dijangka dibawa ke pejabat Maritim Kemaman," katanya.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang dimaklumkan berita penemuan itu bergegas ke Kuantan untuk menjemput mangsa pulang.

Berita berkaitan:

  • Bot pemancing mungkin hanyut ke arah Pulau Tioman
  • Keluarga buat solat hajat harap pemancing ditemui
  • Enam pemancing dikhuatiri hilang di laut
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Mac 2021 @ 12:52 PM