Gambar fail, Syed Hamid Albar bersama ahli Jawatankuasa Pemilihan Parti melihat persiapan borang dan kotak undi bagi Proses Pemilihan Bersatu yang sepatutnya berlangsung April lalu. FOTO Aizuddin Saad.
Gambar fail, Syed Hamid Albar bersama ahli Jawatankuasa Pemilihan Parti melihat persiapan borang dan kotak undi bagi Proses Pemilihan Bersatu yang sepatutnya berlangsung April lalu. FOTO Aizuddin Saad.
Yusmizal Dolah Aling


STATUS pengguguran keahlian mana-mana pemimpin dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu dipastikan benar-benar sah, agar tidak mengganggu proses pemilihan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, jika seseorang itu bukan lagi ahli Bersatu, secara automatik tidak boleh bertanding merebut mana-mana jawatan.

"Perlu dapatkan fakta dahulu kerana ada pertikaian terhadap isu ini, sama ada (gugur ahli) sah atau tidak," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau mengulas kedudukan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Pengerusi Bersatu.

Semalam, bekas Perdana Menteri itu bersama anaknya, Datuk Seri Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Bersatu digugurkan keahlian berkuat kuasa serta-merta.

Turut digugurkan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah; Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Pemecatan didakwa kerana mereka duduk di bangku pembangkang ketika persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Selain Dr Mahathir, Mukhriz menawarkan diri bertanding jawatan Presiden, manakala Syed Saddiq mempertahankan jawatan Ketua Armada.

Pemilihan Bersatu yang sebelum ini dijadual pada April, ditangguhkan susulan pandemik Covid-19 dan mungkin berlanjutan sehingga selepas Jun.

Berita berkaitan

Tun M dipecat dari Bersatu

'Digugurkan keahlian, bukan dipecat'

'Dangkal, tidak munasabah'

Saya berserah - Syed Saddiq

Muhammad Suhaimi pula dipecat

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2020 @ 10:20 AM