NOTIS kenyataan mengenai wabak Koronavirus (2019-nCoV)  yang diletakkan di pintu masuk Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam. FOTO Amran Hamid
NOTIS kenyataan mengenai wabak Koronavirus (2019-nCoV) yang diletakkan di pintu masuk Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam. FOTO Amran Hamid
Suraya Roslan


TIGA lagi warga China disahkan positif koronavirus baharu menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti virus itu tujuh orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kes baharu jangkitan virus itu adalah seorang kanak-kanak berumur empat tahun yang kini dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan seorang lelaki berusia 52 tahun yang kini dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

“Seterusnya dalam kalangan kontak rapat, dimaklumkan menantu perempuan kepada kes jangkitan pertama di Singapura iaitu lelaki yang berumur 66 tahun kini juga disahkan positif.

“Sebelum ini wanita itu berstatus negatif mengambil keputusan untuk tinggal di Malaysia bagi menjaga kedua-dua anaknya yang sedang menerima rawatan di wad isolasi Hospital Sungai Buloh selepas mereka dikesan positif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, setakat 10 Januari sehingga 28 Januari, jumlah kes pesakit bawah pemantauan (PUI) bagi jangkitan virus itu adalah 78 orang iaitu 39 adalah warganegara Malaysia, 36 warga China dan masing-masing satu (1) dari Jordan, Brazil dan Thailand.

“Tiga kes disahkan positif virus itu, 74 adalah negatif dan satu kes masih menunggu keputusan makmal,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 7:40 AM