Safawi tidak beraksi di Filipina. FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI
Safawi tidak beraksi di Filipina. FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI
Firdaus Hashim


PENJARING dua gol cantik Harimau Malaya, Safawi Rasid ketika menentang Indonesia semalam sah digugurkan daripada skuad B-22 tahun negara ke Sukan SEA di Filipina, Isnin ini.

Kim Swee sahkan Safawi digugurkan. FOTO NSTP/AIZUDDIN SAAD
Kim Swee sahkan Safawi digugurkan. FOTO NSTP/AIZUDDIN SAAD

Ia disahkan pengendali pasukan Datuk Ong Kim Swee pada sesi latihan, hari ini atas alasan pemain sayap berkenaan sudah mengharungi jadual padat sepanjang musim.

Safawi sebelum ini beraksi cemerlang ketika meledak jaringan skuad negara menang ke atas Tajikistan 1-0 pada perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur.

Gol itu mengembalikan keyakinan pemain sayap JDT itu yang kembali menemui sentuhan berbisa selepas tidak menjaringkan gol dalam lapan perlawanan sejak kali terakhir melakukannya sewaktu berdepan Timor Leste pada 7 Jun lalu.

Jaringan sepakan percuma pada babak pertama serta rembatan bak peluru di babak kedua menentang Indonesia, semalam pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 membolehkan Malaysia meraih kemenangan kedua berturut selepas menewaskan Thailand 2-1 pada Kelayakan Piala Dunia, minggu lalu.

Berita lanjut menyusul

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 6:31 PM