Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

LELAKI dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya, Selasa lalu.

Tertuduh, Mohd Ridzuan Mustafa, 37, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abdul Aziz.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh ibunya, Sefiah Hamid, 62, di rumah mereka di Taman Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing, Kuantan antara 8.40 hingga 10.30 pagi 12 November lalu.

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas tuduhan membunuh ibu kandungnya 12 November lalu di Taman Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing. FOTO Muhd Asyraf Sawal
Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas tuduhan membunuh ibu kandungnya 12 November lalu di Taman Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing. FOTO Muhd Asyraf Sawal

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah mengarahkan tertuduh yang tidak diwakili peguam menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai, Tampoi, Johor.

17 Disember ini ditetapkan sebagai sebutan semula dan keputusan laporan mental.

KEJADIAN wanita warga emas maut selepas ditikam anaknya. FOTO Muhd Asyraf Sawal
KEJADIAN wanita warga emas maut selepas ditikam anaknya. FOTO Muhd Asyraf Sawal

Media sebelum ini melaporkan warga emas ditikam di leher kirinya oleh anak kandungnya sebelum mayat mangsa dibawa menggunakan kerusi roda sejauh 50 meter.

Kejadian itu turut mencederakan dua mangsa iaitu Masitah Mustafa, 26, yang juga anak kepada Sefiah dan teman lelakinya, Mohammad Azizan Awang, 38.

Berita berkaitan

'Dah rasa tak sedap hati...'

Lelaki bunuh ibu direman di wad psikiatrik

[UPDATE] 'Aku dah bunuh mak aku'

[UPDATE] Tikam, bawa mayat ibu atas kerusi roda

Wanita maut ditikam anak

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 12:00 PM