POLIS memeriksa kawasan mayat remaja lelaki ditemui. FOTO ihsan pembaca
POLIS memeriksa kawasan mayat remaja lelaki ditemui. FOTO ihsan pembaca
Mohd Hafizee Mohd Arop


MAYAT remaja lelaki ditemui di belakang rumah jirannya di Taman Greenview, Kamunting, Taiping, hari ini, dalam keadaan tubuhnya dibalut dengan plastik.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, mayat remaja berusia 16 tahun itu ditemui orang awam jam 12.18 tengah hari tadi sebelum identiti disahkan ahli keluarga.

Katanya, polis sebelum ini menerima laporan dari ahli keluarga mangsa mengenai kehilangannya pada Jumaat lalu.

“Polis yang menjalankan siasatan awal berjaya menahan adik perempuan mangsa berusia 14 tahun serta teman lelaki adik perempuannya itu berusia 15 tahun.

“Kedua-dua suspek mengaku membunuh mangsa dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Osman berkata, mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Julai 2019 @ 5:44 PM