Mangsa maut dipanah petir ketika di Jeti Jimah Power Plant, Bukit Pelandok. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Mangsa maut dipanah petir ketika di Jeti Jimah Power Plant, Bukit Pelandok. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Mohd Khidir Zakaria


NELAYAN maut dipanah petir ketika mengemudi bot berhampiran Jeti Jimah Power Plant, Bukit Pelanduk, Port Dickson hari ini.

Dalam kejadian 1 tengah hari, mangsa R Kannan, 39, terkena panahan petir di bahagian dada dan maut di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, orang awam yang melihat kejadian membuat laporan di Balai Polis Bukit Pelandok.

“Mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kampung Sawah dan disahkan meninggal dunia.

“Siasatan di lokasi dan tubuh badan mangsa terdapat kesan melecur di bahagian dada.

“Rakan mangsa juga mengesahkan melihat mangsa dipanah petir ketika mengemudi bot,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Faisal berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2019 @ 5:02 PM