KEADAAN rumah yang kotor, busuk dan tidak teratur. - Agensi
KEADAAN rumah yang kotor, busuk dan tidak teratur. - Agensi
Agensi

MINNESOTA (AMERIKA SYARIKAT): Seorang wanita berusia 25 tahun dihukum melakukan khidmat masyarakat 200 jam, tempoh percubaan selama dua tahun dan dipantau secara elektronik di rumah selama 90 hari selepas bangkai 64 kucing ditemui dalam peti sejuk beku serta ditanam di sekitar rumahnya.

Daily Mail melaporkan, Caycee Bregel menjalankan pusat perlindungan haiwan bukan berasaskan keuntungan, Minnesota Animal Rescue dan keadaan di situ terbongkar selepas pihak berkuasa menerima aduan jiran mengenai seekor babi berkeliaran di kawasan berkenaan.

Hasil pemeriksaan ke atas rumah wanita itu, 43 kucing, seekor babi dan lima anjing ditemui dalam keadaan kurus kering, terabai serta tidak terurus, selain kediaman itu amat kotor serta busuk.

Caycee didakwa menyimpan bangkai kucing dalam peti sejuk dan di garaj serta menanam kucing di halaman belakang rumah. Beberapa kubur cetek turut ditemui.

Caycee mengaku bersalah atas 13 tuduhan melakukan kekejaman terhadap haiwan.

Dia tidak lagi dibenarkan untuk memiliki atau memelihara haiwan malah dikehendaki menjalani pemeriksaan psikologi.

CAYCEE
CAYCEE

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2019 @ 6:30 AM