Muhaamad Hafis Nawawi dan Hamzah Osman dan Zuliaty Zulkifli


MAYAT Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang hilang ketika dalam jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, hujung bulan lalu sudah ditemui di Gunung Raya, Langkawi hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim selepas suami isteri yang ditahan di Ampang, Selangor semalam menunjukkan lokasi kanak-kanak itu ditinggalkan.

Beliau juga akan mengadakan sidang media di lokasi kejadian berhubung penemuan mayat itu.

Isnin lalu, Harian Metro melaporkan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dipercayai hilang daripada jagaan pengasuhnya di Kuaters Hospital Langkawi, sejak minggu lalu.

Polis menerima maklumat daripada ibu kanak-kanak terbabit yang berusia 31 tahun, Ahad lalu yang membuat laporan mengatakan anaknya yang dijaga teman lelakinya hilang.

Berita berkaitan

Dah meninggal dunia, rupanya...

Dari Langkawi lari ke Ampang...

'Kanak-kanak perempuan 3 tahun hilang'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mac 2019 @ 12:24 PM