Pemain JDT, Mauricio Dos Santos Nascimento (33) diasak pemain Perak, Zachary Michael Anderson (6) ketika perlawanan Piala Sumbangsih. FOTO NSTP/MOHD AZREN JAMALUDIN
Pemain JDT, Mauricio Dos Santos Nascimento (33) diasak pemain Perak, Zachary Michael Anderson (6) ketika perlawanan Piala Sumbangsih. FOTO NSTP/MOHD AZREN JAMALUDIN
Esme Johari Wahab


JUARA Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Sumbangsih 2019 selepas menewaskan Perak 1-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, hari ini.

Jaringan tunggal Gonzalo Cabrera pada minit ke-40 memastikan Harimau Selatan meraih gelaran itu untuk kali keempat dalam tempoh lima tahun.

Kejayaan menyusul selepas kelab itu menjulang gelaran pembuka tirai Liga Malaysia itu pada 2015, 2016 dan 2018.

JDT tampak lebih menguasai permainan beraksi di laman sendiri berbanding skuad juara Piala Malaysia dikendali oleh Mehmet Durakovic itu.

JDT akan berdepan Kuala Lumpur pada perlawanan Liga Super Jumaat ini manakala Perak menanti kunjungan Lang Merah di Stadium Perak, Ipoh.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Februari 2019 @ 10:55 PM