Gambar ‘lambung’ Fasha didukung tunangnya yang mencetuskan reaksi negatif netizen. FOTO IG Fasha Sandha
Gambar ‘lambung’ Fasha didukung tunangnya yang mencetuskan reaksi negatif netizen. FOTO IG Fasha Sandha
Najiy Jefri


“NO komen. Itu jawapan saya terhadap gambar ‘lambung’ itu,” kata pelakon popular Fasha Sandha mengenai salah satu gambar kontroversi dimuat di Instagram, baru-baru ini.

Menerusi foto terbabit, Fasha dilihat didukung oleh tunangnya, Aidil Aziz hingga mencetuskan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun Fasha ketika ditemui berkata, dia lebih selesa berdiam diri dan tidak mengulas lanjut perkara itu.

“Saya juga tidak akan padam gambar berkenaan kerana itu adalah sebahagian daripada kerja,” katanya ringkas ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke-40 Datuk Seri Siti Nurhaliza di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

Ditanya mengenai khabar angin mengatakan dia menerima bayaran lumayan bagi menjayakan projek menguruskan badan, Fasha enggan membuka mulut.

“Jawapan itu juga no komen. Apa pun bagi saya itu rezeki pembuka untuk tahun ini, InsyaAllah” katanya.

Fasha dan Aidil mula rapat sejak tahun 2017 dan telah mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 January 2019 @ 2:42 PM