RIHANNA. FOTO/AGENSI
RIHANNA. FOTO/AGENSI
AFP

NEW YORK:Penyanyi Rihanna dilantik negara asalnya, Barbados sebagai duta negara itu bagi mempromosi pelaburan dan pelancongan.

Perdana Menteri Barbados, Mia Amor Mottley berkata, Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty, dianugerahkan gelaran Duta Luar Biasa dan Wakil Penuh Kerajaan.

Walaupun penyanyi itu tidak secara rasmi diiktiraf ke negara lain, Mottley berkata, Rihanna akan bertanggungjawab membawa pelaburan serta menggalakkan pendidikan dan pelancongan.

“Saya amat berbangga untuk menerima gelaran berprestij dari negara asal saya. Setiap rakyat Barbados perlu memainkan peranan mereka dalam usaha terkini dan saya bersedia serta teruja mengambil tanggungjawab itu,” kata Rihanna.

Rihanna, 30, membesar dalam keluarga bermasalah di Barbados serta menjadi terkenal selepas mengunjungi produser Amerika Syarikat (AS), Evan Rogers yang mengiktiraf bakatnya.

Penyanyi itu yang menetap di Los Angeles dan New York sejak menjadi terkenal, mencatat 14 kali di tangga pertama dalam carta US Billboard, berbanding artis lain kecuali The Beatles, Elvis Presley dan Mariah Carey.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 September 2018 @ 5:16 AM