Rihanna dan A$AP Rocky sudah berpisah. FOTO AGENSI
Rihanna dan A$AP Rocky sudah berpisah. FOTO AGENSI
Agensi

Los Angeles: Dalam pada menghitung hari menimang cahaya mata pertama mereka, hubungan penyanyi Rihanna, 34, dan A$AP Rocky, 34, dikhabarkan kini berada di ambang perpisahan.

Teka-teki itu tercetus selepas komen pempengaruh Louis Pisano yang mendakwa Rocky menjadi punca keretakan hubungan mereka menarik perhatian warga maya.

"Rihanna dan A$AP Rocky sudah berpisah. Rihanna putuskan hubungan dengannya selepas di kantoi curang dengan pereka kasut Amina Muaddi," demikian komen Pisano.

Beberapa minit kemudian, komennya menerusi Twitter itu mendapat tanda suka lebih 17,000, dikongsi lebih 10,600 dan diulang ciap lebih 2,400 kali.

Rata-rata komen peminat Rihanna menunjukkan rasa simpati terhadapnya.

Mereka tidak sangka Rocky tergamak curang dengan penyanyi itu ketika dia sedang hamil.

Walaupun belum ada sumber sahih mengesahkan kenyataan Pisano itu, khabar angin terbabit dikuatkan lagi apabila Rihanna dan Muaddi sendiri memang berkawan.

Muaddi turut bekerjasama dengan penyanyi terbabit untuk jenama kosmetik Fenty.

Pisano turut mengungkit mengenai Muaddi dan Rocky memang pernah menjalin hubungan beberapa tahun lalu.

Terdahulu, Rihanna mengejutkan ramai dirinya hamil pada Januari lalu.

Penyanyi We Found Love terbabit tampil dengan Rocky menerusi beberapa foto menunjukkan perutnya sudah membesar.

Rihanna dan Rocky mula dikaitkan bercinta pada November 2020 selepas dia berpisah dengan kekasih terdahulunya, Hassan Jameel.

Sejurus itu, majalah People kemudian mengesahkan pasangan ini bercinta.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 April 2022 @ 4:03 PM