AFP

RAKAMAN video imam di Bali, Indonesia, khusyuk memimpin solat sambil menahan dinding ketika gegaran gempa bumi Lombok yang turut menggegarkan masjid itu, tular di laman sosial hari ini.

Imam terbabit sebelum itu menyampaikan kuliahnya di masjid di Denpasar sebelum dikejutkan dengan gegaran akibat gempa bumi berukuran 7.0 magnitud itu.

Dalam rakaman video menggunakan telefon bimbit itu, imam terbabit kelihatan menahan dinding ketika masjid bergegar, dan meneruskan solat bersama jemaah lain.

Klip berkenaan tersebar pantas selepas dimuat naik di Facebook dan ditonton lebih daripada 130,000 kali selain turut dikongsi di You Tube dan Twitter.

“Saya menangis, dia langsung tidak tersentak walaupun dalam Islam dibenarkan meninggalkan solat ketika gempa bumi,” kata ulama Indonesia, Yusuf Mansur yang berkongsi klip itu kepada dua juta pengikutnya melalui Instagram.

Sekurang-kurangnya 91 orang terkorban dalam kejadian gempa yang memusnahkan ribuan bangunan di Lombok itu. -AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Ogos 2018 @ 6:44 PM
PAPARAN video tular yang menunjukkan imam yang sedang memimpin solat, menahan dinding ketika berlaku gempa bumi di Lombok. FOTO Tular
PAPARAN video tular yang menunjukkan imam yang sedang memimpin solat, menahan dinding ketika berlaku gempa bumi di Lombok. FOTO Tular