Nur Sajat tidak mahu komen hantar permohonan ke JPN.
Nur Sajat tidak mahu komen hantar permohonan ke JPN.
Najiy Jefri


USAHAWAN yang kini bergelar selebriti, Nur Sajat Kamaruzzaman enggan menjawab isu mendakwa dirinya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengubah status jantina pada kad pengenalannya, baru-baru ini.

Sajat ketika dihubungi berkata, dia enggan membuka mulut mengenai isu terbabit.

"Maaf 'no comment'. Saya tak mahu komen apa-apa mengenai perkara itu.

"Saya diam tidak bermakna saya buat. Tetapi lebih baik saya diam dan kita tunggu saja nanti," katanya.

Menurut Sajat, dia enggan mengambil pusing mengenai dakwaan terbabit kerana ada masalah yang lebih besar terpaksa ditanggungnya.

"Saya sangat serabut dan mohon untuk diberikan ruang privasi. Saya sedang selesaikan hal berkaitan syarikat ketika ini.

"Salah seorang staf yang bekerja melakukan penyelewengan wang syarikat dan saya perlu menyelesaikan masalah ini dulu kerana menanggung kerugian yang banyak," katanya.

Terdahulu, Sajat dikatakan menghantar permohonan untuk menukar jantina pada kad pengenalan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya, Jumaat lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Julai 2018 @ 2:45 PM