JAMAL Yunos (dua kiri) ditahan POLRI. FOTO ihsan Polis
JAMAL Yunos (dua kiri) ditahan POLRI. FOTO ihsan Polis
Mohd Azam Shah Yaacob and Kalbana Perimbanayagam


KETUA UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos ditahan Polis Negara Republik Indonesia (POLRI), 6.15 petang, hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan, hari ini mengesahkan tangkapan terhadap Jamal dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah pun dihubungi bagi menyelaras urusan membawa pulang Ketua Kumpulan Baju Merah itu.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pemerintah Republik Indonesia khususnya POLRI atas bantuan diberikan mereka," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 25 Mei lalu, Jamal dilaporkan menghilangkan diri dari tahanan di Hospital Ampang Puteri sebelum urusan dokumentasi jaminan mahkamah terhadap dirinya selesai.

Beliau sebelum ini didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu.

Jamal bagaimanapun mendakwa berlaku salah faham berhubung proses ikat jaminnya yang dilakukan di hospital itu dan menyangka proses berkenaan sudah selesai sebelum beredar keluar untuk ke Tabung Haji bagi mengeluarkan wang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Julai 2018 @ 8:22 PM