Famous Amos

Setiap kali menyambut Hari Raya, hidangan biskut adalah satu kemestian buat masyarakat di negara ini dan pastinya jenama Famous Amos menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Selama lebih 30 tahun, Famous Amos menyinari kehidupan peminat di seluruh negara dengan enam jenis biskut kegemaran ramai iaitu chocolate chip (no nut), chocolate chip pecan, butterscotch chip and pecan, oatmeal raisin cinnamon, chocolate chip macadamia dan double chocolate chip pecan.

Tidak ketinggalan Famous Amos juga menyediakan biskut soft chewy cookies yang segar dibakar. Bersempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, kongsikan kemeriahan bersama rakan dan keluarga dengan hamper dari Famous Amos.

Setiap hamper direka khas dan elegan. Ia dipenuhi biskut Famous Amos yang lazat dan hadiah konfeksi terbaik. Hamper ini memang hadiah premium yang menarik untuk diberi dan diterima.


Pilih kegemaran anda daripada 10 jenis hamper yang berharga antara RM139 hingga RM899. Ia boleh didapati di outlet Famous Amos atau layari www.famousamos.com.my untuk maklumat lanjut.Jika anda mencari hadiah berisi biskut ringkas, Famous Amos juga menyediakan Raya Twin Pack yang eksklusif atau dibungkus di dalam tin.


Raya Twin Pack ditawarkan untuk masa yang terhad saja dan boleh didapati dalam pek dwi 200 gram atau 300 gram di dalam kotak hadiah raya istimewa.

Biskut ini dibungkus segar mengikut cita rasa pilihan anda dan sangat sesuai untuk sambutan Rumah Terbuka. Setiap pembelian Raya Twin Pack diberikan biskut percuma. Harga bermula RM43.60.

Anda juga boleh memilih pelbagai pilihan biskut Famous Amos untuk dijadikan hadiah untuk sambutan Hari Raya atau majlis korporat yang dijual pada harga RM14.80.

Sama ada dibungkus dalam kotak atau tin, biskut Famous Amos sangat sesuai dijadikan hadiah untuk hari raya atau acara korporat.

Untuk hamper korporat, Famous Amos harga istimewa untuk tempahan awal iaitu bagi setiap tempahan berjumlah RM1,000 dalam satu resit pada atau sebelum 3 Jun, pelanggan akan diberikan baucar Famous Amos bernilai RM30.


Famous Amos turut melakukan penghantaran hamper perayaan. Penghantaran ini percuma untuk hamper bernilai RM299 dan ke atas di Lembah Klang (zon terpilih saja), manakala bayaran nominal (penghantaran) ke kawasan lain dikenakan untuk hamper bernilai RM199 dan ke atas.Tarikh tutup pesanan hamper korporat yang memerlukan penghantaran adalah pada 1 Jun ini.


Famous Amos juga menawarkan baucar hadiah dalam denominasi RM10, RM20 dan RM50. Pelanggan boleh mendapatkannya di mana-mana cawangan dan ia sangat sesuai dijadikan hadiah kepada pelanggan korporat.

Kunjungi cawangan Famous Amos terdekat untuk memilih hamper dan biskut sebagai hadiah. Untuk pesanan korporat atau pertanyaan baucar hadiah, sila hubungi 03-7882 6161/6190/6186/6173.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mei 2018 @ 1:08 PM