Muhamaad Razis Ismail


JENAZAH Khaizuran Waliyuddin Suhaimi, 5, seorang daripada lima sekeluarga yang lemas di Pantai Tok Bali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Pasir/Padang Kijang, Tanah Merah, 3 petang hari ini.

Jenazah disemadikan bersebelahan kubur empat ahli keluarganya yang dikebumikan 11.45 malam tadi.

Mayat Khaizuran ditemui terapung, 9.45 pagi tadi kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian selepas hampir 12 jam dilaporkan hilang sejak semalam.

Dalam kejadian 10.30 pagi semalam, lima sekeluarga lemas ketika mandi di Pantai Tok Bali.

Mayat ibu Khaizuran, Yusnina Yaacob, 38, dan kakaknya, Zulaikha, 10, serta bapa saudaranya, Yazul Bahari, 46, dan anaknya, Yasmin Nor Aliza, 10, ditemui semalam.

Sementara itu, seorang lagi bapa saudaranya yang mahu dikenali sebagai Fuzi berkata, jenazah anak saudaranya itu dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh sebelum dibawa ke rumah datuknya Yacob Ismail, 68, di kampung itu.

"Jenazah tiba 2.30 petang dan terus disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

" Alhamdulillah urusan pengebumian berjalan lancar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya pemergian anak saudaranya itu amat dirasai namun keluarga reda dengan ketentuan ilahi.

Berita berkaitan:

‘Empat sekeluarga satu liang lahad [METROTV]

Mayat budak disangka kayu

Mayat Khaizuran ditemui [METROTV]

Empat sekeluarga satu liang lahad [METROTV]

‘Mereka terkapai-kapai, minta diselamatkan...’

Semoga adik Khaizuran ditemui

Empat sekeluarga lemas

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Februari 2018 @ 10:08 PM