Azlan Hafeedz


SELEPAS hampir 12 jam, mangsa terakhir tragedi lima sekeluarga lemas ketika mandi di Pantai Tok Bali di sini, semalam, ditemui terapung, 9.45 pagi, hari ini.

Mayat Khaizuran Waliyuddin Suhaimi, 5, ditemui oleh dua nelayan sedang memukat ikan.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Anis di Pasr Puteh untuk bedah siasat.

Dalam kejadian semalam, empat keluarga, masing-masing dua keluarga dari Semenyih, Selangor dan dua lagi dari Kampung Alor Pasir, Tanah Merah, membabitkan 20 ahli tiba di chalet berkenaan, kira-kira 6 petang untuk berkumpul sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Bagaimanapun, empat sekeluarga lemas ketika mandi di Pantai Tok Bali, kira-kira 10 pagi semalam.

Mayat Yazul Bahari Yacob, 46, dan anaknya, Yasmin Nor Aliza Yazul Bahari, 10, serta adik Yazul, Yusnina Yacob, 38, dan anak Yusnina, Zulaikha Suhaimi, 10, ditemui selepas kejadian.

Berita berkaitan:

‘Mereka terkapai-kapai, minta diselamatkan...’

Semoga adik Khaizuran ditemui

Empat sekeluarga lemas

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Februari 2018 @ 12:19 PM